PAS: Tumpu pada PRU, tak perlu buang masa dengan Mahfuz infomalay12.blogspot.com

Tuan Ibrahim berkata jawatankuasa disiplin memutuskan tidak memecat Ahli Parlimen Mahfuz Omar memandangkan pilihan raya boleh dipanggil bila-bila masa.
Tuan-Ibrahim-Tuan-Man-mahfuz-omar-pru14 Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan tidak memecat Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar memandangkan pilihan raya boleh dipanggil pada bila-bila masa, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan presiden itu berkata PAS mahu menumpukan kepada memenangkan pilihan raya umum daripada “membuang masa” dengan Mahfuz.
“Kita fikir tidak ada keperluan kerana lebih baik fokus kepada pilihan raya. Tak payah buang masa dengan dia,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, PAS Kedah mengesahkan Mahfuz tidak ada dalam senarai calon pilihan raya umum ke-14 di negeri Kedah. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Mahfuz boleh mencari platform lain untuk bertanding pada PRU nanti dan PAS akan meletakkan calon lain di kerusi Parlimen Pokok Sena.
“Dia boleh tinggal dalam PAS selagi PAS tak buang dia,” katanya Tuan Ibrahim.
Di Konvensyen Nasional Amanah 2017 hari ini, Mahfuz berkata PAS tidak akan mengambil tindakan terhadapnya sekiranya parti Islamis itu mengamalkan politik matang.
Ahli PAS boleh nilai sikap Mahfuz
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali berkata terpulang kepada ahli PAS untuk menilai sikap dan tindakan Mahfuz.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah PAS akan memecat Mahfuz seperti nasib Datuk Husam Musa pada Mei 2016. Husam dipecat jawatankuasa disiplin PAS atas aduan salahlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :