MEMBANTU KELANTAN LEBIH BERMAKNA JIKA DISUSULI UMNO TIDAK BERTANDING MELAWAN PAS DI NEGERI ITU infomalay12.blogspot.com

Susulan saranan veteran Pas, Mustaffa Ali agar parti itu berunding dengan UMNO bagi menjalin kerjasama menghadapi pilihanraya akan datang, kenyataan Najib Razak untuk lebih membantu Kelantan tentu saja merupakan satu lagi perkembangan positif ke arah itu.

Kata Perdana Menteri, berikutan Kelantan dianaktirikan dan disekat dana pembangunan serta tidak dinaiktaraf infrastruktur airnya selama beberapa dekad, Putrajaya akan melakukan pembangunan yang lebih adil dan inklusif untuk negeri itu.

"Bagi saya ini tidak adil kerana air bersih adalah penting untuk kehidupan dan hak semua rakyat Malaysia. Oleh itu, kita membantu Kelantan dengan perjanjian penstrukturan semula air tahun lepas yang menelan belanja lebih daripada RM1 bilion," kata beliau.

Menurut Najib lagi, kerajaan turut membina Lebuhraya Central Spine Road bebas tol bagi menghubungkan Kelantan dengan seluruh  Semenanjung, manakala fasa 3 Lebuhraya Pantai Timur  akan dilanjutkan hingga ke Kelantan.

"Projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL pula akan menjadi satu lagi 'game changer' untuk negeri-negeri Pantai Timur," tambah Perdana Menteri.

Sudah tentu segala pengumuman Najib itu amat bermakna dan diterima baik, bukan saja oleh seluruh rakyat Kelantan, tetapi juga oleh Pas yang memerintah negeri itu ketika ini.

Makna kata, hubungan baik Pas dengan Najib dan UMNO sejak tahun-tahun kebelakangan ini bukanlah kosong, tetapi mulai membuahkan hasil yang dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan sendiri.

Tetapi, bantuan dan sikap baik Najib itu tidak akan bermakna apa-apa jika UMNO masih lagi mahu merampas pentadbiran Kelantan daripada Pas dalam pilihanraya akan datang ini.

Apakah maknanya sekadar bangga dengan kerjasama dari segi ekonomi dan pembangunan jika tidak disusuli dengan kerjasama dalam politik?

Adakah manis, setelah Najib mengumumkan rancangan yang telah dan akan dilaksanakan untuk membantu Kelantan, tetapi UMNO dan Pas masih bersaing sesama sendiri untuk merebut kuasa?
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :