‘Majlis UMNO’ di sekolah, BN semakin bankrap moral infomalay12.blogspot.com

DAP menyifatkan tindakan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengarahkan sekolah di Putrajaya untuk melaksanakan sambutan penutup Hari Kemerdekaan dengan tema UMNO sebagai gambaran nyata kebangkrapan moral gabungan itu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ia juga adalah petunjuk bahawa UMNO-BN semakin hilang kemampuan untuk membezakan antara tindakan yang betul dan salah.
Katanya lagi, lima perdana menteri sebelum Datuk Seri Najib Razak pasti tidak bersetuju dengan penganjuran majlis sebegitu di kawasan sekolah, malah tentu akan mengambil tindakan drastik memecat menteri yang mengeluarkan arahan tersebut.
“Namun dalam kes Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dia pasti disanjung-sanjung perdana menteri (Najib Razak) kerana mencapai ‘kejayaan’ besar dalam masa-masa genting yang sedang dilalui UMNO-BN,” ujarnya dalam kenyataan, baru-baru ini.
Lagu UMNO berkumandang dan bendera parti itu dikibarkan di sekolah di Presint 14 dalam sambutan penutup Hari Kemerdekaan yang turut dihadiri Tengku Adnan, semalam.
Kementerian Wilayah Persekutuan turut mensyaratkan tema “UMNO dan Kemerdekaan” digunakan dalam pertandingan menghias bilik darjah yang kononnya bertujuan untuk memperingati perjuangan parti itu dalam memerdekakan negara.
Selain bendera kebangsaan, sekolah itu juga turut dihiasi dan dipenuhi dengan kibaran bendera UMNO. Murid-murid turut dipaksa untuk melaungkan slogan “Hidup UMNO”.
Sambutan ‘ala-UMNO’ di Sekolah itu, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, menyerlah dua perkara yang menjadikan majlis itu gagal.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :