Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang meramalkan akan terbentuk kerjasama antara kedua-dua parti itu dari masa ke masa kerana mereka mempunyai DNA (asid desksiribonukleik) yang sama.
Beliau juga tidak bersetuju dengan pendapat Annuar yang berkata, PAS mempunyai DNA dan matlamat yang sama dengan Umno iaitu memperjuangkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.

“Macam mana dia (Annuar Musa) boleh kata matlamat PAS dan Umno sama? Kalau sama, tak perlulah ada lagi Umno.
“PAS wujud kerana matlamat Umno tidak sama dan kami ingin menegakkan Islam secara lengkap dan bukan saja dalam bentuk ritual,” kata Idris yang dipetik
Sinar Harian, hari ini.
Menurut anggota Parlimen Bukit Gantang itu, Umno dan PAS ibarat ikan keli dan ikan sembilang yang kedua-duanya nampak sama tetapi sebenarnya berlainan.
“Mungkin mereka (Umno) ingat DNA sama tapi jangan perasanlah kerana PAS tak sama dengan parti lain," kata Idris dipetik
Sinar Harian.
Rabu lalu, Annuar berkata, jika dahulu PAS dilihat
mencari-cari perbezaan antara parti itu dengan Umno, namun di bawah pucuk kepimpinan PAS yang ada sekarang menunjukkan sedikit perubahan apabila mereka mula mencari titik kebersamaan itu.
Katanya, menjelang pilihan raya umum akan datang, beliau percaya akan ada pengumuman yang menggembirakan umat Islam dan kaum Melayu terutamanya atas kepentingan agama dan bangsa, memandangkan pucuk pimpinan kedua-dua parti dilihat mempunyai titik kebersamaan dan taawun.

Namun bagi Idris, perbezaan Umno dengan PAS masih menyerlah terutama berhubung peranan parti masing-masing menegakkan Islam.
Katanya, PAS secara lengkap menegakkan Islam buat seluruh rakyat di negara ini tetapi tidak pada perjuangan Umno.
“PAS memperjuangkan Islam di dunia dan akhirat malah parti ini juga turut berpolitik dengan cermat," kata Idris.
Justeru, katanya PAS akan terus istiqomah dalam perjuangannya dan tidak mempunyai sebarang bentuk kerjasama dengan Umno.
Malah, menurutnya PAS akan menentang Umno khususnya dalam PRU14.
Related Posts :
Bayaran sudah dibuat untuk pembelian helikopter tahun 2015 lebih RM300 juta TETAPI HELIKOPTER TAK DE simpan dalam fail inventori? infomalay12.blogspot.comIsnin, 20 Mei 2019
Gang Utara Fan Club
Satu lagi pendedahan salah urus dan khianat amanah oleh pentadbiran lepas BN!
Bayaran sudah dibuat u… Read More...
SKANDAL NFC bakal dilondehkan di mahkamah? Kerajaan tuntut hutang NFC berjumlah RM253.6 juta! 'Bonus Raya' Kurangkan bercakap, banyakkan buat kerja, jalan daaaaaa..Atok tiada masa nak berpolitik [Video Amalan Baik Tak Membawa Kita Ke Syurga?] infomalay12.blogspot.comIsnin, 20 Mei 2019
Ingatkan skandal NFC dah selamat 'dibersihkan' di zaman BN dulu.. Rupa²nya tidak..
Berani ka mak lembu Ijat atau suam… Read More...
Islam terancam: Jangan adakan benda tak ada, kata Nik Omar infomalay12.blogspot.comIslam terancam: Jangan adakan benda tak ada, kata Nik Omar: Kata pemimpin Yadim itu, isu tersebut diuar-uarkan pihak tertentu antara lain un… Read More...
Tajuk berita terlalu ekstrim, Maszlee sangkal tolak cadangan subjek agama infomalay12.blogspot.com
Berikutan beberapa akhbar perdana melaporkan dengan menggunakan takuj yang agak ekstrem berkenaan isu subjek agama, Menteri Pendidikan, Dr… Read More...
UMNO & PAS kata perpaduan mereka demi membela MELAYU & ISLAM! Tapi kawan perniagaan mereka TAK ADE PUN MELAYU? #Terbongkar Barang yg dirampas dari rumah Najib DIBELI MENGGUNAKAN DUIT 1MDB! Armada: Gesa timbalan CEO PTPTN letak jawatan [Video 1MDB LUBUK EMAS KELUARGA NAJIB RAZAK?] infomalay12.blogspot.comIsnin, 20 Mei 2019
Jom Channel
1. SIAPA YANG MENGANCAM ISLAM? 2. SYARIKAT MODAL BERBAYAR RM2 DAPAT PINJAMAN RM1 BILION? 3. SETAHUN BERLALU,… Read More...