Harapan Perak umum kepimpinan infomalay12.blogspot.com

IPOH - Harapan Perak mengumumkan barisan penuh kepimpinan mereka hari yang dianggotai empat parti iaitu Bersatu, DAP, PKR dan Amanah.
Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi; Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming dan Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty masing-masing dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Harapan Perak.
Harapan Perak umum kepimpinan Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar dilantik sebagai Ketua Sekretariat dan Naib Pengerusi PKR Negeri Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid pula sebagai Bendahari.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Amanah, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Harapan Perak manakala Ketua Wanita Harapan Perak pula disandang Penolong Setiausaha Publisiti DAP Perak, Wong May Ing.
Pengerusi Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, jawatankuasa yang dipanggil sebagai Majlis Pakatan Harapan Negeri ini telah terbentuk dua bulan.
Katanya, pimpinan Harapan Perak telah mengadakan beberapa kali mesyuarat selepas pelantikan dengan membincangkan pelbagai isu.
"Kita juga melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Pengarah Pilihan Raya Harapan Perak dan Naib Pengerusi PKR Negeri, Chang Lih Kang sebagai Pengarah Penerangan," katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pengumuman Majlis Pakatan Harapan Negeri Perak di Pejabat Bersatu Perak, Bandar Meru Raya, di sini, hari ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :