Bukit Aman ambil alih kes 'sogokan RM5j' Syed Saddiq infomalay12.blogspot.com

Siasatan terhadap dakwaan cubaan menyogok Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini dikendalikan Bukit Aman.
Ditemui media di luar Bukit Aman hari ini Syed Saddiq berkata sudah dua kali dia dipanggil polis untuk memberi kenyataan berhubung isu berkenaan.
“Ini kali kedua kenyataan saya direkodkan polis.
"Sebelum ini sudah ada empat kali pertemuan tapi secara tak rasmi," katanya.
Awal Oktober lalu Syed Saddiq mendakwa ada seseorang yang berpengaruh mengugut serta menjanjikan habuan bernilai RM5 juta jika dia mahu meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Menuding jari kepada seseorang yang didakwa penasihat kanan perdana menteri, Syed Saddiq bagaimanapun berkata dia akan tetap meneruskan perjuangannya bersama BERSATU walaupun itu bermakna dia kehilangan biasiswa RM400,000 untuk belajar di Universiti Oxford.
Sehari selepas mendedahkan tawaran tersebut Syed Saddiq membuat laporan rasmi untuk membantu siasatan pihak berkuasa.
Ditanya sama ada dia mendedahkan nama individu yang terlibat dalam dakwaan sogokan itu Syed Saddiq enggan mengulas.
“Saya serahkan kepada pihak polis untuk siasat perkara ini,” katanya.
Terdahulu, Syed Saddiq tiba di Bukit Aman kira-kira jam 2 petang dan keluar selepas kira-kira 2 jam kemudian.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :