Bagaimana Bajet Kleptokrasi turunkan kos sara hidup, soal rakyat Malaysia berpendapatan sederhana infomalay12.blogspot.com

RAKYAT Malaysia berpendapatan sederhana mempersoalkan bagaimana Bajet 2018, dengan insentif kepada masyarakat luar bandar, petani, nelayan dan penjawat awam, akan diterjemahkan kepada penurunan kos sara hidup.
Sementara cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikecualikan pada beberapa barangan seperti bahan bacaan dan perkhidmatan majlis tempatan, dan ketika tol dihapuskan di beberapa lebuhraya, mereka meragui bagaimana langkah ini membantu mengurangkan perbelanjaan harian.
Ejen hartanah Wilson Moorthy dari Pulau Pinang tidak teruja dengan cadangan bajet RM280.2 bilion yang dibentangkan Perdana Menteri Najib Razak hari ini.
"Saya tidak melihat bagaimana ia membantu rakyat berdepan dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang.
"Baru-baru ini saya membayar RM18 sekilogram untuk sotong. Tiga hari lalu, harganya melonjak kepada RM35 sekilogram. Saya tanyakan kepada penjual mengapa harganya naik terlalu tinggi. Katanya kerana kenaikan harga petrol.
"Sekarang bagaimana bajet melihat perkara ini," katanya yang berusia 50 tahun kepada The Malaysian Insight.
Moorthy turut menolak GST akan mengurangkan kadar import bagi "perkara besar" seperti pesawat dan kapal oleh syarikat penerbangan dan perkapalan, dan menyatakan ia memberi manfaat kepada syarikat besar tetapi tidak kepada "rakyat biasa".
"Rakyat merungut tentang kenaikan harga barangan pengguna, namun hanya beberapa sektor seperti syarikat besar ini yang mendapat manfaat," katanya.
Di samping manfaat kepada syarikat penerbangan dan perkapalan, Najib turut mengumumkan pengecualian GST kepada pengendali syarikat perkhidmatan pembinaan untuk bangunan sekolah dan rumah ibadat yang dibiaya menerusi derma; dan import barangan berkaitan minyak dan gas di bawah perjanjian pajakan.
Najib yang juga menteri kewangan berkata, perkhidmatan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan; dan khidmat pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kediaman strata tidak tertakluk kepada GST.
Bagi cukai individu, mereka yang berpendapatan antara RM20,001-RM35,000; RM35,001-50,000 dan RM50,001-70,000 akan menerima potongan cukai pendapatan 2%.
Namun kata Moorthy walaupun dengan pengurangan 2% cukai pendapatan, rakyat masih lagi perlu membayar 6% GST dan harga barangan serta perkhidmatan yang tinggi.
Pesara kerajaan Sam Yee, 69 berkata, beliau akan lebih gembira sekiranya mendengar pengecualian GST terhadap produk pengguna dan perkhidmatan.
"Perkhidmatan majis tempatan kini dikecualikan, tetapi apa jenis perkhidmatan sebenarnya? Penilaian sewa? Penilaian?"
Namun Yee gembira dengan bantuan kewangan khas RM750 daripada kerajaan persekutuan. Jumlahnya kali ini adalah tiga kali ganda daripada apa yang pesara terima di bawah Bajet 2017.
"Tahun lalu, kita hanya terima RM250, Apa yang boleh saya katakan? Ini merupakan bajet pilihan raya. Daripada apa yang saya dengar di radio, ia berbunyi seperti bajet pilihan raya. Kebanyakan rakyat kini mendapat faedah dan dana..petani, nelayan, penoreh getah, peneroka Felda dan seperti biasa, penjawat awam."
"Tiada apa yang baru" untuk Sabah
Di Sabah, ahli perniagaan Christian Ampalang berkata beliau mendapati tiada apa yang baharu pada Bajet 2018 bagi negerinya.
"Lebuhraya Pan Borneo, ianya bukan sesuatu yang baharu. Ia diulang sejak 2016. Ia janji yang sama diulang-ulang. Apa yang rakyat Sabah mahu adalah lebuh raya baharu dibina. Bukan dinaik taraf," katanya yang berusia 58 tahun.
Apatah lagi katanya, kualiti kejuruteraannya boleh dipertikaikan misalnya bahagian lebuh raya itu dari bulatan Penampang ke simpang Lok Kawi tidak rata.
Lampu jalan juga masih belum dipasang dan berbahaya kepada pengguna jalan raya pada waktu malam.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :