Ketika kejadian seorang lelaki yang sedang merakamkan suasana sekitar masjid telah menjadi mangsa peragut berkenaan apabila telefon serta beg dompetnya telah dirampas ketika dia sedang merakamkan kawasan di sekitar masjid.
Walau bagaimanapun, peragut yang meragut mangsa tidak menyedari bahawa mangsa ketika itu sedang membuat siaran langsung sekitar kawasan masjid berkenaan di laman media sosial menyebabkan wajah peragut berkenaan sempat terakam dan menjadi viral di media sosial.
Kejadian ragut tersebut dikatakan berlaku berhampiran masjid Medan Idaman Kuala Lumpur ketika mangsa dalam perjalanan ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat Aidiladha sambil merakamkan keadaan di sekitar masjid tersebut.
Video yang berdurasi 1 minit 17 saat tersebut jelas menunjukkan wajah salah seorang peragut yang membonceng motorsikal bersama rakannya yang turut terbabit melakukan perbuatan tersebut.
Mangsa dikatakan tidak menyedari bahawa tindak-tanduknya yang sedang asyik merakamkam situasi sekitar masjid telah menarik perhatian peragut berkenaan yang sedang memerhatikannya sebelum bertindak meragut telefon bimbit serta beg duitnya.
Walau bagaimanapun peragut tersebut tidak menyedari bahawa mangsa ketika itu sedang membuat rakaman video dan secara langsung telah merakamkan wajah peragut berkenaan yang sempat berkata "kejarlah kalau berani, Sony jer dowh," katanya kepada mangsa.
Video berkenaan kemudiannya telah diperolehi daipada aplikasi keselamatan telefon bimbit dan telah dimuat naik di media sosial oleh mangsa sendiri di facebook serta meminta orang ramai supaya menyebarkan wajah peragut yang meragut beliau supaya peragut berkenaan berjaya di tangkap.
Merujuk kepada kejadian ini, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati menggunakan telefon bimbit ketika berada di jalan supaya tidak menjadi mangsa ragut kerana tanpa disedari segala tindak-tanduk kita sering diperhatikan oleh golongan penjenayah yang sering mencari peluang mencari mangsanya.