Berasaskan kepada sekatan keras Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap kemasukan rakyat negara Islam tertentu, maka lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib ke negara itu minggu hadapan (12 September) tidaklah menggembirakan rakyat Malaysia terutama orang Islam sebaliknya mereka memandang serong dan curiga.
AS melihat kerjasama ini, akan mengikat Malaysia dengan tekanan politik dan keselamatan dengan China dalam jangka panjang.
Walaupun beberapa tindakan Trump dilihat sebagai tidak disenangi oleh rakyatnya sendiri tetapi langkah mendekati Russia sebaik sahaja beliau mengambil alih kuasa difahami oleh negara-negara Eropah dan juga dunia antarabangsa sebagai diperlukan dengan kemaraan strategi ekonomi China yang telah pun menggugat beberapa negara di Africa begitu agresif dan pantas di Asia Tenggara.
Walaupun Malaysia merupakan negara Asia pertama merintis hubungan deplomatik dengan China ketika keganasan PKM (Parti Komunis Malaya) masih berjalan di Malaysia tetapi AS mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan kepimpinan Malaysia masa itu Tun Abdul Razak untuk mengendalikannya tetapi kepincangan pengurusan negara di bidang keselamatan dan ekonomi di bawah pimpinan anaknya Datuk Sri Najib menimbulkan keraguan, prasangka dan debaran di AS.
Malaysia dan Singapura yang berlatar belakangkan doktrin keselamatan dan ekonomi Barat sejak sebelum merdeka dilihat sebagai Strategic Partner AS dan Barat dalam menghadapi China tetapi AS melihat hal ini tidak lagi terjamin di bawah Najib.
Maka itulah kenyataan Kedutaan AS menegaskan lawatan Najib itu akan memperkukuh hubungan dua hala dan akan mengembangkan kerjasama rantau antara rakan Amerika Syarikat di Asia Tenggara.
Najib sedapat mungkin mahu mengelakkan lawatan ke AS kerana takut menghadapi wartawan -wartawan AS yang agresif tetapi beliau tidak dapat menolak panggilan mengadap kuasa besar ini.