TUN M HABIS MODAL POLITIK - GAUM infomalay12.blogspot.com




Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad sudah kehabisan modal politik, ujar Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar.

Ini berikutan tindakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mengungkit semula penahanan Tan Sri Muhammad Muhd Taib di lapangan terbang Brisbane, Australia pada tahun 1996.

Walhal ujar Zulkarnain, bekas Menteri Besar Selangor yang mengumumkan kemasukan semula dalam UMNO semalam itu telah dibuktikan tidak bersalah di mahkamah Brisbane.

“Selepas sahaja Tan Sri Mat Taib keluar daripada PKR dan menyertai semula UMNO, serangan ke atas Mat Taib telah dilakukan oleh Tun merujuk kepada insiden di Brisbane tahun 1996 tersebut. 

“Umum mengetahui selepas dibicarakan Mat Taib didapati tidak bersalah oleh mahkamah Brisbane.

“Bagaimanapun yang agak pelik sehingga kini Tun Dr. Mahathir masih tidak mengulas mengenai tindakan keluar beberapa orang bekas pemimpin PPBM secara berterusan sebagai contoh Datuk Seri Khairuddin, Datuk Ezam, Hasnita, Anina dan Datuk Hamidah, Tun Mahathir masih kelihatan membisu dan cuba mengelak untuk mengulas sebab utama pemimpin-pemimpin ini meninggalkan parti PPBM yang diasaskan oleh Tun.

“Tun Mahathir sebenarnya dilihat cuba mengalih isu untuk menutup kelemahan Parti PPBM itu sendiri. 

“Dengan keluarnya pemimpin-pemimpin PPBM, ini menunjukkan satu petanda yang cukup jelas bahawa PPBM sebenarnya adalah sebuah parti yang cukup bermasalah dan hanya menumpang kepada populariti Parti DAP dan PKR di dalam Pakatan Harapan untuk menagih simpati rakyat bagi meraih undi,” katanya.


Subscribe to receive free email updates: