RINDU TOK WAN, SI PUTIH KUNJUNGI ARWAH infomalay12.blogspot.com





HARI ini tular satu video yang menyayat hati di laman Facebook.

Video itu menunjukkan seekor kucing yang tidak mahu berganjak dari kubur seorang insan mulia.

Video yang dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai Soffuan beberapa jam lalu telah mendapat 1.3 juta tontonan dan kisah ini telah mendapat lebih 18,000 perkongsian di laman tersebut.

Menerusi video itu, kucing putih tersebut dilihat mengelilingi dan menguis-nguis kubur arwah tok wannya (Ismail Bin Mat) semasa talkin sedang dibacakan.




“Ada Kejadian berlaku semasa membaca talqin, seekor kucing Putih mai mengelingi kubur arwah. Sunguh besar kekuasaan mu ya Allah,” tulisnya di laman Facebook.

Menurut Soffuan, semasa hayat tok wannya masih ada, dia sangat menyanyangi anak-anak dan cucu-cucunya.

“Kasih sayang seorang tok wan kepada kami, 38 orang cucu daripada 12 anaknya tiada ganti,” tulisnya.

Mungkin disebabkan sikap penyayang atuknya itu menjadi sebab kucing putih ini datang ke kuburnya.

Menurut Soffuan, arwah atuknya itu merupakan seorang pencinta kucing.


Jadi, tidak hairanlah jika si Putih ini bertandang ke kubur atuknya. Mungkin kucing ini pun terasa kehilangan insan penyayang itu.

Jika dilihat dalam video berkenaan, kucing putih itu masih enggan berganjak walaupun telah diangkat beberapa kali oleh beberapa wanita yang turut hadir ke majlis pengebumian arwah Ismail.

Walau bagaimanapun, posting berhubung kejadian itu mendapat respon netizen yang rata-ratanya turut merasa sayu melihat aksi kucing tersebut.

Mereka turut mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Jangan ingat hanya manusia sahaja yang bersedih dengan pemergian seseorang, haiwan juga punya perasaan. Jadi, berbuat baiklah kepada makhluk lain ya!


Subscribe to receive free email updates: