Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan infomalay12.blogspot.com



Kerajaan tidak dapat mengutip cukai daripada pelbagai projek mega pada era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang tidak menguntungkan walaupun membabitkan perbelanjaan besar.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, projek tersebut termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menelan belanja berbilion wang rakyat tetapi tidak menjana pendapatan kepada kerajaan.
Rafizi Ramli 2"Bila tidak jana pendapatan, kerajaan tidak boleh kutip cukai maka sebab itu kerajaan kena potong peruntukan dan rakyat juga terpaksa menanggung dalam bentuk bayaran cukai-cukai yang lain.
"Cukai dikutip daripada keuntungan bukan daripada perbelanjaan. Orang berbelanja bayar GST (cukai barang dan perkhidmatan) saja tapi syarikat untuk kerajaan dapat hasil pendapatan, syarikat itu mestilah untung baru kerajaan dapat kutip cukai.
"Kalau buat projek besar tapi tidak untung maka sudah tentu ekonomi nampak berkembang, tapi kutipan tidak bertambah malah berkurang," tegasnya pada sidang media di Sungai Besi semalam.
Menurut pengasas Invoke Malaysia itu, nisbah hasil cukai keseluruhan bagi Malaysia berbanding Australia telah berkurangan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut sejak 2014.

Walaupun ekonomi Malaysia berkembang lebih konsisten berbanding Australia pada kadar pertumbuhan yang lebih tinggi antara empat hingga enam peratus di antara 2010 hingga 2016, jelasnya, pertumbuhan ekonomi yang diuar-uarkan itu sebenarnya tidak menyumbang kepada peningkatan hasil cukai negara.
"Sepatutnya jika ekonomi itu baik dia tumbuh lima hingga enam peratus maka ekonomi tumbuh, syarikat lebih banyak untung, rakyat lebih banyak gaji maka kutipan cukai kerajaan juga keseluruhannya patut naik sama.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :