Prof Syed Farid Alatas berkata para sarjana dan pemimpin politik Islam, termasuk ahli politik yang memerintah, perlu mengambil langkah untuk menangani trend itu, seperti bercakap secara terbuka tentang perpecahan antara agama dan kaum.
PETALING JAYA: Seorang ahli sosiologi Nasional University of Singapura memberi amaran tentang kemunculan persekitaran seperti aparteid di Malaysia, dengan mengatakan tanda-tanda ke arah itu semakin ketara.
Prof Syed Farid Alatas berkata para sarjana dan pemimpin politik Islam, termasuk ahli politik yang memerintah, perlu mengambil langkah untuk menangani trend itu, seperti bercakap secara terbuka tentang perpecahan antara agama dan kaum.
“Sekiranya kita mahu mengadakan dasar seperti troli yang berasingan untuk beli-belah halal dan bukan halal, akhirnya ia akan membawa kepada pasar raya berasingan, seperti perniagaan dobi,” kata beliau kepada FMT.
“Ini semua tanda-tanda amaran awal dari situasi seperti aparteid yang mewarnai agama dan perkauman.”
Syed Farid merupakan anak Syed Hussein Alatas, cendikiawan Malaysia yang terkenal dan aktivis sosial dan politik, yang merupakan salah seorang pengasas Gerakan serta Pekemas.
Beliau berkata salah satu sebab perpecahan dalam masyarakat Malaysia adalah rasa tidak selamat komuniti Melayu, malah beliau juga mendakwa sesetengah ahli politik dan ahli-ahli agama menyukai keadaan seperti itu.
“Orang Melayu berasa tidak selamat tentang status ekonomi mereka di negara ini,” kata beliau dan menambah, “mereka diberitahu bahawa mereka mungkin kehilangan kawalan ke atas soal politik negara jika mereka tidak berhati-hati.”
Menurutnya, ia adalah untuk mengimbangi ketakutan yang sedemikian, di mana komuniti terbabit mula memberi keutamaan ke atas aspek-aspek tertentu identiti mereka, terutamanya kepercayaan dan agama.
Beliau juga memetik faktor luaran seperti penyebaran idea-idea keagamaan meragukan, yang berasal dari dunia Arab dan negara-negara lain.
“Terdapat idea regresif dan eksklusif yang datang dari dunia Arab yang berpengaruh di Malaysia,” kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>