Walaupun sangat tidak puas hati dengan kerajaan BN, namun tinjauan mendapati belia di negara ini juga kecewa dengan sistem politik secara keseluruhan - mungkin menunjuk kepada kegagalan pembangkang menawarkan alternatif yang meyakinkan untuk menarik imaginasi mereka.
Tinjauan pendapat (Belia) Nasional baru-baru ini yang dijalankan oleh firma kajiselidik pendapat - Merdeka Centre - bertanya para belia adakah mereka puas hati atau tidak puas hati dengan prestasi kerajaan persekutuan BN, di mana dua pertiga - 67 peratus - menjawab mereka tidak puas hati.
Hanya 24 peratus berkata mereka puas hati dengan prestasi kerajaan.
Kadar rasa tidak puas hati yang tinggi dinyatakan oleh responden yang merentasi kaum, bandar dan luar bandar serta di kalangan mereka yang mendaftar untuk mengundi dan yang tidak berdaftar.
Tinjauan itu, yang melihat persepsi para belia terhadap ekonomi, kepimpinan dan isu semasa, juga bertanya responden mengenai sikap mereka terhadap politik dan mendapati majoriti besar (70 peratus) tidak berminat dalam politik manakala jumlah yang sama (71 peratus) merasakan mereka tidak mempunyai sebarang pengaruh pada kerajaan hari ini.
gambar:
Sekitar 75 peratus daripada mereka merasakan bahawa politik "terlalu rumit" bagi mereka untuk faham dan lebih separuh (54 peratus) merasakan kebanyakan ahli politik tidak peduli terhadap rakyat.
Kebanyakan mereka yang ditemuramah (66 peratus) juga tidak merasakan bahawa ahli politik secara amnya boleh dipercayai dan peratusan yang sama, percaya ahli politik sebenarnya "masalah utama di Malaysia".
Satu lagi penemuan utama dari tinjauan itu adalah kira-kira 40 peratus responden tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak, dengan mengatakan mereka tidak mempunyai masa untuk mendaftar atau mereka merasakan bahawa pengundian tidak membawa sebarang perbezaan.
Mengulas keputusan itu, pengarah program Merdeka Center Ibrahim Suffian menyimpulkan kurang minat golongan itu terhadap politik walaupun tidak suka BN, menunjukkan pembangkang tidak dapat menawarkan satu alternatif yang meyakinkan kepada belia.
Dalam perbincangan mengenai keputusan tersebut di Petaling Jaya malam tadi, Ibrahim berkata parti pembangkang tidak bersama secara bersatu.
Pengundi muda dan juara pidato Jasmine Ho berpandangan bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan untuk melibatkan pengundi muda.
Menurutnya, rasa tidak puas hati dengan kerajaan tidak diterjemahkan secara langsung kepada menyokong pembangkang, seperti yang dilihat dari kurang minat mereka dalam politik dan kurang keyakinan terhadap sistem politik yang ada.
"Politik perlu lebih banyak mengenai isu dan dasar, bukan hanya sekadar menonjolkan skandal," kata Ho.
Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa kebimbangan utama di kalangan belia adalah isu ekonomi, bukan politik.
Ramai berkata isu seperti kos sara hidup, inflasi dan peluang pekerjaan menjadi punca kebimbangan, berbanding enam peratus yang mengatakan bahawa isu 1MDB adalah "isu utama".
Peguam Syahredzan Johan menambah bahawa kegagalan parti pembangkang untuk memanfaatkan sentimen itu akan menjadi satu kelebihan kepada BN, sementara Ibrahim bertanya sama ada pengundi akan mempercayai pembangkang untuk mengundi mereka.
Read More / Baca Lagi >>