19/9/17
Wang kertas 500 Euro. (Foto: Getty Images)
JENEWA – Hal yang tak biasa ditemui di dalam kamar mandi restoran dan bank di Jenewa, Swiss. Potongan wang 500 euro ditemui di dalam tandas tiga restoran dan sebuah kantor bank UBS.
Potongan-potongan wang yang berada di empat lokasi itu membuat tandas di sana tersumbat. Bagaimana tidak, ketika tukang ledeng membongkar tandas tersebut, mereka menemui ratusan wang 500 euro di sana. Diperkirakan, jumlah wang yang berada di empat tandas itu mencapai 100,000 euro.
Polis setempat pun menyiasat kes ini sebab wang yang ditemukan jumlahnya sangat besar. Mereka mencurigai adanya tindak jenayah dari kejadian ini.
Menurut jurucakap polis Jenewa, Vincent Derouand, insiden ini pertama kali dilaporkan pada Mei. Namun, peristiwa tersebut baru diumumkan ke publik akhir-akhir ini. Hal ini diketahui melalui pemberitaan salah satu surat khabar setempat, yakni Tribune de Geneva.
"Kami mencuba untuk mencari tahu dari mana catatan itu berasal dan apakah sebuah jenayah telah dilakukan," ujar Vincent Derouand, sebagaimana dikutip dari BBC, Selasa (19/9/2017).
Melihat bentuk potongan dari wang tersebut, pihak penyiasat memperkirakan wang tersebut dipotong menggunakan gunting. Penyiasatan kes ini, lanjut Derouand, pertama-tama akan fokus pada aktivit haram kerana wang tersebut dihancurkan.
Kecurigaan mengenai tindak kriminal semakin mencuat setelah wang kertas tersebut dilaporkan akan ditarik dari peredaran pada 2018. Pasalnya, pemerintah setempat khuatir peredaran wang dengan nilai tinggi ini dapat memfasilitasi kegiatan ilegal seperti pencucian wang.
Bank sentral di Eropah sendiri dilaporkan sudah berhenti memproduksinya. Hal ini dilakukan menyusul penyelidikan atas penggunaannya yang sedang dilakukan Komisi Eropah.
Di Swiss, menghancurkan wang tidak termasuk satu pelanggaran. Namun, jaksa setempat terdorong untuk melakukan penyelidikan lebih lanjut guna memastikan tak ada tindak kriminal di balik tindakan ini.
“Jelas, ini sangatlah mengejutkan,” tukas Vincent Derouand