MB Selangor tidak mengulas lanjut mengenai gesaan Amanah Selangor supaya PAS diusir daripada kerajaan negeri.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan Amanah selepas gesaan perwakilan Amanah Selangor baru-baru ini untuk mengkaji semula penyertaan PAS daam pentadbiran negeri.
“Saya telah berbincang dengan jawatankuasa kepimpinan parti, mereka akan menyelesaikan perkara itu secara dalaman,” kata Azmin yang juga pengerusi PH Selangor itu.
Menurutnya, beliau menunggu kenyataan pimpinan Amanah pusat berhubung perkara itu.
Konvensyen Amanah Selangor semalam meluluskan usul meminta Azmin menimbang semula kedudukan PAS dalam pentadbiran Selangor.
Ketua Amanah Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof, yang membentangkan usul itu, berkata ia sejajar dengan keputusan PH untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
“Ini untuk memastikan kehadiran PAS berterusan di pentadbiran Selangor tidak menjadi duri dalam daging, yang kemudian boleh menjejaskan usaha untuk mempertahankan kerajaan Selangor yang dipimpin PH,” kata beliau pada konvensyen Amanah.
Anuar berkata usul itu kerana PAS bukan lagi dalam pakatan pembangkang selepas pemansuhan Pakatan Rakyat.
PAS memutuskan kerjasama politik selepas PR runtuh pada Jun 2015 berikutan perbezaan pendapat dengan DAP mengenai pelaksanaan hudud.
Gabungan itu digantikan PH yang kini terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan PPBM.
PAS mengekalkan hubungan politiknya dengan PKR di Selangor, di mana pemimpinnya adalah sebahagian daripada kerajaan negeri.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
[Video ADAKAH PAS-UMNO BERSOLIDARITI DENGAN EKSTREMISME?] Adakah masih berhasrat melihat Umno Kleptokrat BERKUASA SEMULA? Insentif PH tajaan Mara meningkat sebanyak RM1.2billion & Beritahu kepada boss lobak koyak and boss kepada Hadi, PH tetap bantu dan beri yang lebih baik utk rakyat. infomalay12.blogspot.comSelasa, 26 Mac 2019
Insentif PH
Pakatan Harapan Supporters
Insentif PH yang dipulangkan kembali kepada rakyat. -peruntukan kepada syiar… Read More...
[Video ISU PELAJAR UM DICEKIK & '13 MEI' DIBANGKITKAN DI PARLIMEN] UMNO cukup jahat! Kami wartawan pelatih, bukan pelajar UM. infomalay12.blogspot.comSelasa, 26 Mac 2019
Tak Nak BN
Kami wartawan pelatih, bukan pelajar UM
Sudah tiga hari berlalu selepas kejadian di Restoran Amjal di ha… Read More...
Losing Nurul Izzah to principles... infomalay12.blogspot.com
Three months ago, Nurul Izzah (above) resigned as PKR vice-president and relinquished her posts as PKR Penang chief and other governmen… Read More...
Jom Melancong Kedalam Kawah Gunung Berapi infomalay12.blogspot.com
Gunung berapi Thrihnukagigur , yang terletak kira-kira 30km dari Reykjavik, ibukota Iceland, telah menjadi destinasi pelancongan pen… Read More...
[Video Alat DAP! Hadi, siapa pemimpin Amanah itu? Buktikan - Salahuddin] Terbukti Pas menipu lagi? Janji2 PAS yang masih belum ditunaikan, walaupun selepas 10,000 hari infomalay12.blogspot.comSelasa, 26 Mac 2019
KiniTV
Amanah mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan bukti susulan dakwaan beliau bahawa Amanah dit… Read More...