Parti Generasi Baru mahu sertai Harapan infomalay12.blogspot.com


Parti Generasi Baru mahu sertai Harapan
Rajaretinam (depan, empat kanan) bercakap kepada pemberita pada sidang media, hari ini.
Parti Generasi Baru (NewGen) menyatakan hasrat untuk bergabung dan menjadi parti kelima dalam Pakatan Harapan (Harapan). Ia disuarakan Presidennya, Rajaretinam Armuggan yang memaklumkan parti tersebut turut menginginkan perubahan kerajaan di Putrajaya.
“Dalam mesyuarat agung lepas para perwakilan telah memberi mandat sepenuhnya untuk sertai  Pakatan Harapan. Ini kerana hanya perubahan kerajaan dapat membawa kepada perubahan polisi dan pelaksanaan.
“Sekarang ini kerajaan sedia ada masih berdegil dan masih menggunakan polisi sama serta pelaksanaan sama. Kalau kedua-dua ini tidak berubah selagi itu dasar ini tidak mesra dengan kaum minoriti di negara ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, dengan penyertaan parti itu sekurang-kurangnya 30 kerusi milik BN akan beralih kepada Harapan.
Selain itu,  Rajaretinam turut memaklumkan, NewGwn akan ditukarkan kepada Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira).
Dalam sidang media sama, beliau menyatakan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) bukan pesaing mereka.
“Kami mewakili keseluruhan etnik minoriti di negara ini dan Hindraf bukan seperti kami kerana mereka tidak hanya mewakili satu kaum sahaja. Kalau pesaing mereka mempunyai perjuangan sama seperti kita.
“Kita memang alu-alukan penyertaan mereka dalam perjuangan kami. Untuk makluman semua, kami pernah menjemput mereka sertai kami tetapi mereka tolak dengan alasan idea perjuangan tidak sama dan saya menghormati keputusan tersebut,” katanya.
Sebelum ini, Hindraf mengesahkan pihaknya sedang melakukan rundingan dengan Pakatan Harapan untuk memastikan barisan parti pembangkang memenangi PRU akan datang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :