Semua kita tahu majlis menyambut kepulangan Najib Razak daripada lawatan yang antara lainnya untuk membantu mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat telah diadakan malam semalam di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Daripada sekian banyak sepanduk dan kain rentang yang terdapat di majlis sambutan itu, ada satu yang paling menarik perhatian iaitu yang tertulis perkataan SELAMAT PULANG NEGARAWAN.
Ia tampaknya dipegang oleh seorang wanita muda bersama sekumpulan rakan-rakannya yang dipercayai daripada Pergerakan Puteri UMNO.
Amboiii…negarawan tuu!!
Tapi, adakah Najib seorang negarawan atau layak digelar negarawan?
Apa sebenarnya maksud negarawan?
Fahamkah orang yang memegang sepanduk itu tentang erti sebenar perkataan negarawan?
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, negarawan membawa maksud – orang yang mahir benar dengan cara-cara pemerintahan negara, ahli negara atau pemimpin politik yang sangat dihormati kerana sifat-sifat seperti kebijaksanaannya, kejujurannya dan lain-lain yang unggul.
Berdasarkan pengertian tersebut dan jika dikaitkan dengan perkara yang bukan lagi rahsia mengenai Najib sepanjang beliau memegang jawatan Perdana Menteri sejak 2009, adakah beliau benar-benar seorang negarawan?
Atau kepimpinan beliau lebih menyebabkan negara semakin ketiadaan wang dan bertambah banyak hutang?
Negarawan ke macam tu?