Ahli majlis tertinggi PPBM berkata dakwaan Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad kononnnya Lim Kit Siang mengawal PH cubaan mempermainkan emosi orang Melayu.
PETALING JAYA: Seorang ahli majlis tertinggi PPBM membidas Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad kerana menggunakan “taktik” lama Umno untuk memomokkan DAP dengan menggambarkan parti itu sebagai parti tertinggi Pakatan Harapan.
Tariq Ismail berkata dakwaan Sariffuddin kononnya Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang mengawal PH dari belakang tabir itu cuma cubaan mempermainkan emosi orang Melayu.
“Sememangnya taktik Umno memomokkan DAP bukan suatu fenomena baru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Rasanya sudah berulang kali mereka cuba mempermainkan emosi masyarakat Melayu dan memainkan sentimen perkauman kononnya tampuk kepimpinan negara bakal diambil alih oleh DAP sekaligus mengganggu gugat kedudukan istimewa orang Melayu.
“Apakah Umno begitu terancam dan tergugat kedudukan mereka di hati masyarakat Melayu sehingga sanggup memperbodohkan masyarakat Melayu kononnya parti-parti Melayu di dalam Pakatan Harapan bagai lembu dicucuk hidungnya oleh DAP?” tambahnya.
Tariq mendakwa Sariffuddin dengan begitu angkuh sekali menuduh kepimpinan Melayu dalam PH, termasuk daripada PPBM, PKR dan Amanah sebagai terlalu lemah sehingga boleh dipermainkan DAP.
Related Posts :
[Video NGO lapor polis terhadap Pengerusi Ummah] Ajak org bukan Islam berbuka di masjid x boleh, mengapa kat DUBAI BOLEH? Sebab kat sana tak dak lebai2 yg sanggup pi bakaq kereta? Adoiii kena kunci tayar syari’e pulak, dah dekat raya ni! infomalay12.blogspot.comJumaat, 31 Mei 2019
KiniTV
Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) membuat laporan polis terhadap Pengerusi Ummah Aminuddin Yahya kerana d… Read More...
[Video Makcik bawang..Siap letak RESIT kt gelang tu yg xle bla tu hahaha!] 'Repost, kongsi atau sebar tabur fitnah'? Sampai bila nak biar 'DEEP STATE' BERMAHARAJALELA DALAM SKMM? infomalay12.blogspot.comJumaat, 31 Mei 2019
'Repost, kongsi atau sebar tabur fitnah'.. itu BUKAN FITNAH! Asalkan bukan tulisan asal, sendiri..
Suara Rakyat
… Read More...
Duta: Semoga persahabatan China-Malaysia kekal selamanya infomalay12.blogspot.comDuta: Semoga persahabatan China-Malaysia kekal selamanya: Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian hari ini menulis tentang hubungan dua negar… Read More...
Anugerah Pelakon Terbaik Lynas Wajar Dipegang Oleh Fuziah Salleh Dan Anwar Ibrahim infomalay12.blogspot.com
Semalam, Perdana Menteri sudah menghalalkan Lynas. Secara tiba-tiba dan ajaib, Lynas kini sudah tidak bahaya kepada Rakyat Malaysia.
I… Read More...
Firma utama Jepun beri komitmen untuk melabur di Malaysia infomalay12.blogspot.comFirma utama Jepun beri komitmen untuk melabur di Malaysia: TOKYO - Firma utama Jepun memberi komitmen untuk mempertingkat pelaburan dan pern… Read More...