MEMAHAMI DARI SEGI LOGIK AKAL SAMA ADA ISU ROHINGYA DIBANGKITKAN ATAU TIDAK DALAM PERTEMUAN NAJIB-TRUMP infomalay12.blogspot.com

SKANDAL LAWATAN NAJIB BERTEMU TRUMP:
BERAPA PATAH PERKATAAN NAJIB SEMPAT SEBUT MENGENAI ROHINGYA DALAM MASA 10 MINIT?

Semalam, saya mempersoalkan kenapa pertemuan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Presiden Trump tidak menyentuh mengenai nasib umat Islam Rohingya yang berdepan penghapusan etnik sedangkan isu itu dihebohkan oleh pimpinan Umno sebagai isu utama yang akan dibincangkan.

Kenyataan saya itu dibuat setakat jam 12 tengahari waktu Malaysia semalam (13 September 2017) atau 12 tengah malam 12 September 2017 waktu Washington, iaitu 12 jam selepas pertemuan 30 minit di antara Dato’ Seri Najib/delegasi Malaysia dan Presiden Trump berakhir. Setakat waktu itu, tidak ada sebarang kenyataan atau video atau bukti-bukti lain dari pertemuan 30 minit itu yang menunjukkan isu umat Islam Rohingya disentuh langsung.

Sehingga 12 tengah malam 12 September 2017, hanya ada 2 laporan rasmi yang boleh dirujuk yang melaporkan kandungan perbincangan, iaitu:

 i. Video mesyuarat bilateral di antara delegasi Malaysia dan delegasi Amerika Syarikat – keseluruhan kandungan langsung tidak menyentuh mengenai nasib umat Islam Rohingya

ii. Transkrip perbincangan di antara Presiden Trump dan Dato’ Seri Najib di dalam mesyuarat bilateral delegasi Amerika Syarikat-Malaysia yang juga langsung tidak menyentuh nasib umat Islam Rohingya.

Saya juga ingin menekankan bahawa sehingga kini, Dato’ Seri Najib atau Wisma Putra atau pihak Amerika Syarikat atau White House tidak menafikan bahawa keseluruhan lawatan dan perjumpaan yang melibatkan Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump hanya mengambil masa 30 minit. Berdasarkan garis masa dan maklumat-maklumat yang ada setakat ini, saya telah menyatakan bahawa tempoh masa pertemuan empat mata di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump besar kemungkinan mengambil masa 10 minit sahaja (kerana lebih banyak masa iaitu sekitar 20 minit dihabiskan untuk mesyuarat bilateral yang dirakamkan itu).

Oleh yang demikian, kenyataan saya bahawa isu nasib umat Islam Rohingya tidak dibangkitkan di dalam pertemuan Najib-Trump itu adalah benar setakat maklumat yang ada semasa saya membuat sidang media semalam.

Hari ini, barulah ada satu kenyataan media bersama yang rasmi dari White House yang menyenaraikan perkara-perkara yang ditimbulkan secara rasmi di dalam pertemuan di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump.

Sebahagian besar dari perkara-perkara yang disentuh di dalam kenyataan media bersama ini tidak disentuh di dalam mesyuarat 
bilateral yang videonya dirakamkan dan transkripnya telah disiarkan semalam. Ini bermakna jika ia dibincangkan di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump, besar kemungkinan ia dibincangkan di dalam pertemuan empat mata di antara mereka yang saya telah nyatakan sebelum ini besar kemungkinan hanya memakan masa 10 minit sahaja.

Oleh itu, berdasarkan maklumat-maklumat ini, saya boleh simpulkan bahawa kesemua perkara-perkara yang paling penting yang telah disentuh secara terbuka di dalam video mesyuarat bilateral (iaitu isu Korea Utara, isu melawan Daesh dan keganasan serta tawaran pelaburan-pelaburan dari Malaysia untuk membantu ekonomi Amerika Syarikat) serta perkara-perkara yang hanya disentuh di dalam pertemuan empat mata dibincangkan di dalam tempoh 10 minit itu.

Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :