Mat Taib kembali, Umno untung? infomalay12.blogspot.com

Penyertaan semula bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke pangkuan Umno dikatakan akan memberikan impak positif terhadap parti keramat Melayu itu.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, pengalaman luas Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mat Taib ke dalam gelanggang politik selama ini dilihat mampu membawa kebaikan kepad Umno.
"Saya rasa beliau bakal memberi nilai tambah kepada Umno, kerana beliau  pernah bersama Tim Wawasan 1993 bersama Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim .
"Beliau pernah menjadi MB dan Adun Selangor serta Naib Presiden Umno dan mempunyai pengalaman di luar parti ketika sertai Pas 2013 dan PKR 2015," katanya kepada Sinar Online.
Muhammad Muhd Taib Mat Taib diumumkan secara rasminya menyertai semula Umno oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato' Onn, semalam.

Sivamurugan berkata, pengalaman Mat Taib boleh digunakan untuk memahami psikik pengundi Melayu yang terpecah sekarang kerana kehilangan beliau pada 2013 dengan menyertai Pas, memberikan kesan kepada Umno yang hilang sokongan orang Melayu ketika itu.
Mat Taib sebelum ini bertindak keluar Umno untuk menyertai Pas pada April 2013, dan kemudian menyertai PKR, dua tahun kemudian.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2008, namun hanya berkhidmat dalam tempoh singkat, iaitu hampir dua tahun sahaja.
Sivamurugan berkata, imej negatif yang terpalit dengan personaliti Mat Taib dilihat sedikit sebanyak memberi gambaran 'tidak enak' mengenai beliau.
"Imej membawa duit sehingga kemudian hilang jawatan MB dan hubungan dengan Istana memalitkan sedikit impak negatif," katanya.

Subscribe to receive free email updates: