Pengarah Eksekutif Pemantau Anti Rasuah (C4) Cynthia Gabriel berkata, rakyat Malaysia terkejut kerana Najib diberi penghormatan itu ketika Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman untuk merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, sistem autoritarian Malaysian menyukarkan lagi untuk memohon kebertanggungjawaban berhubung skandal itu, dan media arus perdana negara sudah berhenti melaporkan mengenainya.
“Jadi mengapa White House menggangap sesuai untuk menjemput pemimpin yang berpotensi terbabit dalam kes skandal rasuah yang paling besar yang dijalankan Jabatan Keadilan?” soalnya.
Menurutnya, kepentingan geopolitik AS di Asia adalah sebab mengapa White House cuba menjadikan Najib sebagai sekutu.
“Kini ada pula Korea utara. Pentadbiran Trump bergelut untuk cuba membina konsensus di rantau ini untuk mengatasi ancaman daripada Kim Jong-Un dan Trump melihat Malaysia, yang dijadikan Korea Utara sebagai pusat kewangannya, sebagai sekutu dalam pertikaian itu.
“China meningkatkan pengaruhnya itu satu faktor. Apabila Setaiusaha Negara AS Rex Tillerson melawat negara Asia Tenggara baru-baru ini, dia menyedari bahawa polisi “Amerika Pertama” pentadbiran Trump menghakis pengaruh Amerika di rantau ini, dan kedudukannya terguga dnegan China yang kini sibuk meluaskan pengaruh.”
Cynthia berkata standard Trump berhubung konflik kepentingan dan amalan yang boleh dipersoalkan lain sejak mengambil alih pentadbiran, dan keinginannya untuk mencari sekutu menentang Korea Utara dan China sudah “berkomplot untuk membebaskan Najib daripada sebarang
Read More / Baca Lagi >>