Isu Sekolah Tahfiz menjadi bualan panas apabila Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung,
Semalam, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak sekembalinya darioada lawatan kerja dari Amerika Syarikat dan Britain telah mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk menaik taraf kesemua Maahad Tahfiz di seluruh negara.
Malangnya, langkah Kerajaan Pusat tidak diikuti oleh Rejim DAP Pulau Pinang. Mereka lebih memilih untuk mendenda dan mengenakan tindakan hukuman kepada Maahad Tahfiz yang tidak berdaftar. Rejim DAP Pulau Pinang akan menarik balik kelulusan dan menutup premis tahfiz yang gagal mematuhi aspek keselamatan.
Persoalannya, kenapakah Rejim DAP tidak bertindak serupa dengan kilang haram yang terdapat di Pulau Pinang termasuk kilang pembakaran di Kampung Sungai Lembu yang telah mengorbankan mangsa? Kenapa hanya sasaran kepada Maahad Tahfiz sahaja?