IBU BAPA, PENJAGA BOLEH DIDAKWA infomalay12.blogspot.com


Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah


Shah Alam - Tiada peruntukan untuk mana-mana pihak menyaman remaja bawah umur, melainkan dibabitkan sekali ibu bapa dan penjaganya.

Peguam, Mohd Fadhly Yaacob berkata, mereka secara khususnya mengikut undang-undang masih lagi tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah.

Menurutnya, dalam kes insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, masih terlalu awal untuk menilai, justeru lebih baik diserahkan kepada polis menjalankan siasatan.

Sabtu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur dianggap selesai dengan tertangkapnya tujuh remaja yang berusia lingkungan 11 hingga 18 tahun.

Mengulas lanjut mengenainya, Mohd Fadhly berkata, masyarakat terlalu ghairah menyebarkan gambar dan maklumat peribadi suspek di media sosial. 

"Masyarakat dinasihati berhenti menyebar nama-nama suspek yang dikatakan terlibat, memandangkan mereka masih bawah umur.

"Hak mereka masih lagi terjamin di bawah undang-undang kita, Akta 611 di bawah seksyen 15 secara jelas menyebut sekatan ke atas laporan dan siaran media," katanya.

Beliau berkata, insiden yang berlaku sememangnya serius dan sesuatu di luar jangkaan, namun masyarakat tidak boleh terlalu beremosi.

"Masyarakat boleh meluahkan perasaan, tetapi mestilah mengikut undang-undang.

"Memandangkan mereka bawah umur, identiti dan gambar-gambar mereka sepatutnya tidak boleh didedahkan," katanya.


Subscribe to receive free email updates: