Optimis dengan isu yang berlaku pada filem terbitan syarikatnya, Aifa Motion Sdn Bhd, Ahmad Idham dipetik berkata beliau sedia maklum keadaan itu mungkin berpunca daripada keadaan ekonomi tidak menentu yang turut memberi kesan kepada filem tempatan lain.
Inilah penerbit filem yang tidak tahu bersyukur. Apabila filem mengutip jutaan ringgit disebabkan oleh kreativiti dan kepandaian beliau. Apabila filem gagal, salahkan ekonomi dan salahkan Kerajaan.
Kalau betul ekonomi tidak menentu seperti dakwaan Ahmad Idham ini, bagaimana filem keluaran Skop Production Sdn Bhd memampirkan lakonan Zizan Razak boleh memgutip kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa 5 hari!!
Purata filem keluaran Datuk Yussof haslam berkenaan adalah RM1 juta sehari. Sedangkan filem Ahmad Idham selepas ditutup Tayangan Wajib hanya mampu mengutip RM100,000 sahaja.
Mengaku sahajalah Ahmad Idham, zaman kegemilangan kamu sudah berakhir. Orang sudah muak dengan filem cinta. Sudahlah di kaca TV, pagi petang siang malam, drama cinta. Carilah idea baru yang boleh membuka minda.
Janganlah dipersalahkan keadaan ekonomi tak menentu atau Kerajaan yang tidak membantu. Kalau Kerajaan tidak membanti dari segi Syarat Wajib Tayang filem tempatan, entah berapa kutipan filem berkenaan.