Alicia Dikecam Hebat Selepas Gambar Bogelnya Tersebar. infomalay12.blogspot.com

Kuala Lumpur - Seorang model wanita dikecam hebat selepas tindakan beraninya menjadi model pakaian dalam serta yang terbaru adalah mengenai gambar separuh bogelnya yang menjadi tular di media sosial.

Alicia Amin merupakan salah seorang peserta program Asia's Next Top Model (ANTM) musim kelima amat berharap netizen dapat melihat kebaikan seseorang itu dan bukan hanya mencari kesalahan orang lain.

Menurut laporan mStar Online, Alicia ketika ditemui memberitahu bahawa mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia, namun dia tahu pandangan dia mungkin tidak sama dengan orang lain.

"Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain," ujarnya lagi.

Alicia telah tampil memperagakan koleksi pakaian dalam jenama Victoria’s  Secret dalam sebuah sesi fotografi sehinggakan dia dikecam teruk di media sosial.

Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 22 tahun, dianggap terlalu berani oleh netizen, tambahan lagi dia berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Namun begitu Alicia telah tampil menjelaskan bahawa foto tersebut  diambil ketika di Melbourne, Australia pada tahun 2016.

Alicia memberitahu bahawa dia mahu mengikuti kelas lakonan bagi memperbaiki kemahirannya dalam bidang tersebut yang bakal membantunya dalam perkembangan karier seninya.

Model Kacukan Melayu-Jerman ini juga turut mencabar dirinya sendiri dengan menerima lebih banyak watak dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

"Saya berharap dapat mengambil kelas lakonan dan memperbaiki kebolehan dan kemahiran dalam bidang ini.

"Malah, saya teruja untuk belajar dan menyerap semuanya seperti span. Selagi ada peluang yang datang, saya ingin mencabar diri saya dengan lebih banyak watak sama ada dalam bahasa inggeris atau bahasa Melayu," kata Alicia.- mStar Online

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :