Walupun dikecam teruk namun Ameera hanya mengambil pendekatan dengan hanya mendiamkan diri serta menutup ruangan komen di Instagram miliknya.
Selepas sekian lama menutup ruangan komen tersebut akhirnya Ameera bertindak membuka semula ruangan komen sejak Jun yang lalu.
Bersama-sama dengannya Ameera turut dilihat mengejutkan netizen selepas memuat naik gambar-gambarnya yang mengenakan pakaian seksi ketika bercuti di Itali.
Tindakannya itu telah meyebabkan ruangan komennya kembali dihujani dengan kecaman dan kritikan daripada netizen yang mengecam gambar-gambarnya itu.
Kebanyakkan netizen turut mengecam tindakan Ameera itu dengan mengaitkan ibu bapanya yang tidak melarang anak gadis mereka daripada mengenakan pakaian seksi.
Menurut komen salah seorang pengikutnya di Instagram memberitahu bahawa "Hairanlah aku ini. Kenapa mak ayah dia tak larang dia pakai macam ni? Terbuka belakang? Dulu depan ini belakang? Pakaian yang tutup sikitkan elok,".
Manakala menurut seorang pemilik akaun bernama John_micheal memberitahu adalah lebih baik menjaga hal sendiri dan tidak perlu mengaitkan ibu dan bapa Ameera jika tidak mengenali mereka secara dekat.
"Jaga awak punya hal, nabi tak ajar tegur orang yang kau tak kenal macam tu, nabi tak ajar cakap macam tu kat orang.
"Nabi tak ajar kau cakap macam tu kat mak bapa orang, kau macam rapat lak dengan @noorkartini," katanya.
Bagaimanapun, ada juga sesetengah netizen yang tidak bersetuju dengan kritikan dilemparkan kepada Ameera.
Ameera malah dilihat tetap bersahaja dengan memuat naik beberapa lagi foto terbarunya.
Dalam pada itu, Neelofa juga dikecam kerana memakai seluar jean yang koyak di bahagian lutut.
Namun kakak kepada Neelofa, Noor Nabila tampil mempertahankan adiknya menerusi akaun Instagramnya pada Selasa yang lalu.
"Pengumuman kepada cik kiah cik kiah kepoci: Lofa pakai inner tau, dia pakai legging warna kulit, lofa cakap sorry sebab lupa nak DM uols dulu sebelum pakai," kata Nabila. - mStar Online