Bagi seorang wanita tidak seharusnya menunjukkan sikap sebegitu apatah lagi anda merupakan seorang wanita yang seharusnya berperwatakkan sopan serta beradab.
Menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Syadiq Ismail, dia sebenarnya bukanlah seorang yang suka menviralkan orang tetapi akibat daripada sikap pemandu wanita berkenaan yang memandu kereta jenis KIA dengan nombor pendaftaran WA1986E yang bersikap biadap betul-betul menguji kesabarannya.
Menurut Syadiq, pemandu wanita berkenaan memandu daripada line kiri nak masuk ke kanan tapi langsung tak ada bagi signal terus himpit keretanya sehinggakan hampir menyebabkan perlanggaran.
"Saya bunyikanlah hon bila dah macam itu tetapi bukannya dia nak ke tepi atau minta maaf, malah dia lagi tekan minyak dan cuba himpit saya dua ke tiga kali seperti acah-acah nak langgar saya," kata Syadiq.
Bila sampai lampu isyarat saya tanyalah dia apa masalah dia bawa kereta macam itu, boleh bahayakan nyawa orang lain tahu.
Pemandu wanita itu boleh pula tengking saya dengan cakap "Sekarang ini dah kena ke".
Memanglah tak kena lagi dan kalau dah kena memang dah ke balailah jawabnya, dah tahu salah bukan nak minta maaf nampak sangat awak itu tidak ada adab.
Inilah salah satu sikap pembuli jalanan, bila ambil gambar tahu pula malu nak tutup muka.
Menurut Syadiq lagi kalau ada sesiapa yang mengenali wanita ini dan rasa nak buat isteri itu tolonglah nasihatkan sikit ye. -Syadiq Ismail