Video Program Nothing To Hide 2.0 Bertukar Ganas. infomalay12.blogspot.com

Shah Alam -  Satu kekecohan telah berlaku ketika berlangsungnya Program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam pada hari ini yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia Dan Kebudayaan, Shah Alam.

Program yang pada mulanya berlangsung secara aman bertukar menjadi kecoh apabila berlaku pergaduhan di dalam dewan di mana acara berkenaan sedang berlangsung.

Menurut peserta yang menyertai program terbabit, ketika program soal jawab antara peserta dengan Tun Dr Mahathir sedang berlangsung seorang peserta telah bertanyakan kepada Tun mengenai peristiwa Memali sebelum kekecohan tersebut berlaku.

Ketika soalan terbabit di kemukakan secara tiba-tiba terdapat kasut yang di baling ke arahnya menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal apabila terdapat segelintir penyokong yang bertindak balas dengan membaling kerusi di dalam dewan tersebut.

Keadaan menjadi semakin kecoh apabila berlakunya pergelutan antara penyokong BERSATU dengan sekumpulan pemuda yang memakai baju-T ARMADA yang dikatakan sengaja melakukan provokasi sehingga ke luar dewan berkenaan.

Ketika kejadian terdapat sekurang-kurangnya dua suar telah dinyalakan oleh individu yang tidak dikenali sehingga menyebabkan dewan terbabit di penuhi dengan kepulan asap serta terdapat juga beberapa orang yang tercedera akibat dipukul.

Namun begitu, Tun dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kekecohan berkenaan kerana ketika kejadian beberapa pengawal telah bertindak pantas bagi mengawal keselamatan Tun supaya tiada perkara yang tidak di ingini berlaku kepada beliau.

Pihak polis telah menahan empat orang individu termasuklah penganjur program berkenaan bagi melakukan siasatan berhubung kekecohan yang berlaku.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :