Satu rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan seorang pemandu kereta Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki telah di halang daripada memotong oleh seorang pemandu wanita yang memandu kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru.
Video yang berdurasi 1minit 39 tersebut telah di muat naik di media sosial dan kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7.41 pagi tadi yang menunjukkan kelakuan pemandu wanita tersebut yang enggan memberikan laluan kepada pemandu lelaki berkenaan namun punca sebenar kejadian tidak dinyatakan.
Video tersebut menunjukkan sebuah kereta berwarna biru yang dengan sengaja telah menghalang sebuah kereta daripada memotong keretanya di lebuh raya dua lorong.
Melalui rakaman video tersebut turut didengari perbualan yang dipercayai milik pemandu yang memandu kereta berwarna biru tersebut yang memberitahu bahawa dia akan terus menghalang mereka sehingga sampai ke tol.
"Dia kata, aku akan halang hang sampai tol. Nampak, perangai dia yang kurang ajar,"katanya yang juga difahamkan akan turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta Bezza terbabit, pemandu kereta Honda City terbabit kemudiannya telah membunyikan hon berpanjangnya sebelum memotongnya sambil salah seorang penumpang dilihat cuba merakamkan wajah pemandu Bezza dari jarak dekat.
Namun begitu mereka tidak berjaya merakamkan gambar pemandu berkenaan malah pemandu Bezza tersebut telah menunjukkan isyarat jari tengah kepada perakam video tersebut.
Walaupun video sekitar kejadian telah menjadi tular di media sosial namun rata-rata netizen tidak terus melatah dengan mengecam tindakan pemandu Bezza tersebut malah menggesa individu yang merakam video tersebut agar menceritakan punca sebenar kejadian tersebut.
Netizen juga turut menggesa agar pemandu wanita berkenaan agar tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku diantara mereka supaya kejadian tersebut dapat di nilai secara adil melalui cerita daripada kedua-dua belah pihak.