@TeoNieChing Pertikai DS @Zahid_Hamidi Sebarkan Identiti 'Top Dog', Bagaimana Pula Kes Beliau Salahguna Data Pengundi? infomalay12.blogspot.com




Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching, cuba berlagak seperti 'Wonder Women' dengan mempertahankan 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir dengan menyerang Timbalan Perdana Menteri (TPM) sejak sehari dua ini. Semalam, Teo Nie Ching mencadangkan usul tergempar terhadap DS Ahmad Zahid Hamidi di atas tindakannya mendedahkan data peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianggap menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi. Lihat video di atas. Hari ini pula beliau meminta agar TPM membuat permohonan maaf dan berehat.

Untuk pengetahuan MP Kulai, kad pengenalan biru milik Tun Dr Mahathir yang ditunjukkan oleh TPM dalam salah satu Perhimpunan UMNO itu telah lama disiarkan di blog dan laman-laman sosial. Sebuah blog santai, eriyza.blogspot.my, baca di sini, telah memaparkan kad pengenalan milik Mantan-Mantan Perdana Menteri sejak tahun 2012 lagi. Kenapa baru sekarang Teo Nie Ching mahu menimbulkan isu ini?

Kedua, setakat tunjuk kad pengenalan sahaja Teo Nie Ching kurang ajar menyuruh TPM untuk berehat. Apabila Boss Besar Teo Nie Ching iaitu Lim Guan Eng dihadapakan ke Mahkamah Tinggi atas dua tuduhan rasuah, kenapa beliau tidak membuat Sidang Parlimen menyuruh Tokong untuk berehat?

Ibarat ayam terlepas, tangan bau tahi, Teo Nie Ching sepatutnya menilai dirinya sendiri sebelum mendakwa orang lain terpalit dengan isu menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi. Pihak kami mempunyai bukti bahawa MP Kulai berkenaan atau pejabat MP beliau telah menghantar risalah propaganda menggunakan sampul surat 'Urusan Seri Paduka Baginda' kepada pengundi-pengundi di Johor. 

Ironinya, surat yang berchop Parlimen Kulai telah dihantar / tersalah hantar kepada pengundi-pengundi Parlimen Tenggara. Bagaimana MP Kulai ini memperolehi data pengundi-pengundi ini? Adakah tidak bersalahan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi untuk menghantar risalah propaganda menggunakan sampul surat 'Urusan Seri Paduka Baginda'? Sila jawab Yang Berhormat.






Subscribe to receive free email updates: