Remaja Maut Akibat Pil Perancang. infomalay12.blogspot.com

Pil KB merupakan pil perancang kehamilan yang sering digunakan oleh golongan wanita bagi mengelakkan kehamilan bagi merancang jarak antara anak yang sedia ada mahupun bagi mencegah kehamilan bagi golongan wanita yang tidak ingin hamil serta bagi golongan remaja yang melakukan seks bebas.

Pil KB telah menjadi satu amalan yang dilakukan tidak kira peringkat umur apatah lagi dengan gejala sosial yang semakin tidak mampu dibendung lagi pada zaman era moden ini.

Itulah yang berlaku terhadap seorang remaja yang dikenali sebagai Abbey berusia 21 tahun yang maut secara mengejut dipercayai akibat daripada amalannya yang terlampau mengamalkan pemakanan pil KB tersebut.

Abbey dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama dengan kekasihnya yang agak berumur serta merupakan salah seorang staf di sebuah syarikat milik kekasihnya itu.

Menurut laporan Daily Mail, ibu mangsa ketika ditemui memberitahu bahawa anaknya itu ada memberitahunya sehari sebelum kematiannya bahawa dia ada mengalami sakit dada serta muntah-muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah mereka.

Namun begitu menurut penjelasan daripada kekasih Abbey memberitahu bahawa mangsa kerap mengadukan kepadanya sakit dada dan muntah-muntah sejak dua minggu sebelum dia maut.

Selepas bedah siasat dilakukan terhadap mayat Abbey, doktor mendapati bahawa punca kematiannya adalah disebabkan saluran pernafasan Abbey yang tersumbat akibat daripada pengambilan pil KB yang berterusan.

"Selain itu juga mangsa dikatakan menghidap penyakit keturunan yang di sebut V Leiden yang menyebabkan penghidap penyakit ini tidak mampu mengawal protein dan vitamin yang masuk ke dalam tubuh badan sehingga mempercepatkan prosenya 6 kali lebih cepat," kata doktor.

Menurut kekasih mangsa, teman wanitanya itu telah mengamalkan pil KB sejak 6 tahun lepas lagi iaitu sejak mangsa berusia 14 tahun lagi tanpa berhenti memakannya.

Menurut doktor, amalannya itu telah mengakibatkan darah merah dalam tubuhnya telah menjadi semakin banyak dan ditambah lagi dengan penyakit keturunan yang dihidapinya menyebabkan saluran udara ke paru-paru tersumbat sehingga menyebabkan tiada udara yang mampu keluar dan masuk.

Walau bagaimanapun kematian mangsa amat sukar diterima oleh keluarganya menyebabkan mereka membuat keputusan untuk menceritakan kejadian yang menimpa anak mereka itu kepada Daily Mail untuk di jadikan pengajaran buat masyarakat di luar sana akan bahayanya mengambil pil KB dalam jangka masa yang lama.

Subscribe to receive free email updates: