Cantik sungguh kedudukan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen (MP), Petaling Jaya Selatan. Sambil mendapatkan khidmat MP berkenaan, Rakyat Marhaen berkesempatan untuk membeli nombor ekor di tingkat bawah. Feng Shui ada ong katanya. Lihatlah bendera Selangor di atas bangunan tersebut yang dipasang terbalik. Macai-macai tidak mahu berguling di depan pusat khidmat inikah?
Semalam, anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Putrajaya berpakaian seragam memulakan serbuan pada pukul 10.00 pagi di Kampus UNISEL di Seksyen 7, Shah Alam dan Bestari Jaya, Kuala Selangor serta Pejabat MBI di Bangunan Darul Ehsan dan pejabat Jana Niaga di Bestari Jaya dan Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Ianya bagi menyiasat pertikaian kontrak membabitkan universiti iti dengan bekas kontraktor Jana Niaga Sdn Bhd dan dakeaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM10 juta.
Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali menyifatkan tindakan SPRM berkenaan sebagai tindakan teranxang untuk menjejaskan imej Kerajaan Negeri Selangor.
Pulak? Adakah Azmin Ali terlupa bahawa tidak lama dahulu beliau mengatakan beliau dan Kerajaan negeri sedia disiasat untuk sebarang dakwaan rasuah dan salah guna kuasa. Akhbar Sinar Harian salah lapor atau Azmin Ali sudah kecut perut dan membuat 'u-turn'?