Penahanan Isa: Adakah Pengerusi Majlis Ekonomi hanya 'tunggul kayu'? infomalay12.blogspot.com



Penahanan reman bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran kes pembelian hotel di London dan Kuching yang didakwa melebihi harga pasaran menimbulkan persoalan berhubung peranan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi yang sepatutnya meluluskan pembelian itu.
Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli ketika membangkitkan persoalan ini yakin Isa hanya dijadikan 'kambing hitam' bagi menyelamatkan kedudukan orang yang lebih atas.
Tan Sri Isa Samad"Sementara saya lega kerana akhirnya ada siasatan ke atas penyelewengan wang Felda yang akan membebankan rakyat Malaysia untuk berpuluh tahun akan datang, saya juga tidak mudah terpedaya bahawa siasatan ini adalah ikhlas dan menyeluruh.
"Saya sudah dapat menghidu seawal Februari 2017 lagi bahawa ini akan berlaku kerana memang perkiraan itu telah dibuat lebih awal.
"Sebab itu, saya menyeru rakyat Malaysia dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan agar tidak ghairah bertepuk tangan dengan penahanan Tan Sri Isa Samad kerana itu belum tentu akan dapat merungkai kesemuanya sekiranya penyelewengan ini tidak disiasat secara menyeluruh," ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Rafizi, kes Isa menjadi contoh bagaimana budaya pertanggungjawaban di negara ini hanya memberi tumpuan kepada 'kambing hitam yang menjadi korban' sedangkan ketua atau badan yang bertanggungjawab mengawal selia dan meluluskan tindakan-tindakan individu yang didakwa tidak disentuh dan kekal di jawatan mereka.
"Sebab itu apabila sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) rugi besar, yang dihukum hanyalah Ketua Pegawai Eksekutifnya sedangkan Lembaga Pengarah yang turut bertanggungjawab membuat kesemua keputusan besar yang dilaksanakan oleh CEO tidak dikenakan tindakan," jelas beliau.
Menurut Rafizi, Isa bukanlah individu akhir yang membuat keputusan pembelian hotel-hotel mewah di Kuching dan London oleh Felda kerana terdapat badan lebih tinggi yang sepatutnya menolak dan membatalkan hasrat Felda untuk membeli hotel-hotel tersebut.
Beliau memberi contoh pengalamannya mengendalikan skandal pembelian tiga unit hartanah di Australia oleh MARA yang harganya dinaikkan hampir dua kali ganda
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :