Shah Alam - Seorang pegawai kotrak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa membabitkan nilai RM10,000 tahun lalu.
Hairul Nizan Mhd Idris mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Hairul Nizan, 37, sebagai Pegawai Dakwah Gred S41 didakwa telah menggunakan jawatan untuk mengemukakan permohonan dan syor bagi pembekalan oleh syarikat Prisma Jaya Resources berjumlah RM10,000 bagi tujuan Majlis Tilawah Al- Quran peringkat Hulu Langat.
Pemilik syarikat berkenaan adalah merupakan abang kandung tertuduh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Agama Islam Hulu Langat pada 1 Februari 2016.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamed Heikal Ismail mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.
Peguam, Hamidi Mohd Noh membantah nilai jaminan RM20,000 yang dicadangkan pendakwaan atas alasan anak guamnya bergaji RM3,000.
Related Posts :
ZAKARIA, ISTERI MENGUNDI DI DEWAN JKKK KAMPUNG SESAPAN KELUBI infomalay12.blogspot.com
Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi selesai mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang di sini kira-kira pukul 8… Read More...
[Video Dr Mahathir: Why would you call a thief 'bossku'?] Apabila PAS disakat..Lebai pening kerana GELABAH! infomalay12.blogspot.comSabtu, 2 Mac 2019
Apabila PAS disakat
Gara-gara PAS ditular konon ia disogok RM90 juta, ia terus disakat oleh yang getik padanya, termas… Read More...
[Video Tun M: Saya tak salah bila jatuhkan BOSSKU Penyamun] Anwar dengan Mahathir sedang berganding bahu nak pekena pemimpin parti ana? Setelah usul tak percaya TIDAK MENJADI, apa lagi helah Pas untuk MENYELAMATKAN DIRI selepas ini? infomalay12.blogspot.comSabtu, 2 Mac 2019
Parti ana kata Anwar nak jatuhkan Mahathir. Tapi yang ana bimbang, Anwar dengan Mahathir sedang berganding bahu nak peke… Read More...
ZAKARIA, ISTERI MENGUNDI DI DEWAN JKKK KAMPUNG SESAPAN KELUBI infomalay12.blogspot.com
Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi selesai mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang di sini kira-kira pukul 8… Read More...
[Video SILAP PAS MENYERANG ANWAR] MALAYSIA lebih indah jika kita saling MENGHORMATI dan sama-sama BERTOLERANSI & Sudah2 lah PAS..Duit Deposit calon pun UMNO tolong Support? infomalay12.blogspot.comSabtu, 2 Mac 2019
Ceramah Grand Finale PRK Semenyih di Jalan Vista Valley Semenyih mlm ini...
MALAYSIA lebih indah jika kita saling MENG… Read More...