Nothing to Hide 2.0: Sasaran penyerang mungkin kerusi ‘kosong’ Najib, gurau Dr Mahathir infomalay12.blogspot.com

Bekas perdana menteri itu sempat bergurau mengenai kecekapan sasaran penyerang.
mahathir-nothin2hidePUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar dengan keganasan yang berlaku di forum “Nothing to Hide 2.0” minggu lalu, malah sempat bergurau penyerang perlu lebih tepat sasaran mereka sekiranya mahu mencederakan beliau di acara itu.
Dalam temu bual dengan FMT di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam, ahli politik berusia 92 tahun itu menceritakan kembali kejadian Ahad lalu dari sudut pandangnya.
“Saya sedang berdiri ketika itu menjawab soalan tentang Memali apabila mereka mula melontar kerusi dan botol.
“Tetapi peliknya, mereka bukan melontar ke arah saya, mereka melontar objek ke sebelah kanan saya, iaitu kerusi kosong untuk Najib,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan jemputan ke program tersebut, tetapi tidak hadir.
“Mungkin sasaran mereka tidak jitu, mungkin mereka rabun, tetapi barang yang dilontar itu tersasar, bukan ke arah saya,” katanya.
Keganasan tercetus sebaik sahaja Dr Mahathir menjawab soalan salah seorang daripada hadirin mengenai penglibatan beliau dalam peristiwa berdarah Kampung Memali di Kedah pada 1985.
Ia disusuli dengan kerusi, kasut dan suar dibaling ke arah pentas, memaksa penganjur membatalkan majlis. Polis setakat ini menangkap 13 orang yang disyaki menimbulkan kekacauan, dan bercadang memanggil penganjur kerana gagal menjamin keselamatan.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata para penyokongnya bimbang akan keselamatan dirinya ketika itu lalu menyerbu ke pentas.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau tidak takut.
“Apa yang nak ditakutkan? Kerusi yang dilontar tidak mengenai saya, botol yang dibaling tidak mengenai saya.
“Semuanya dilontar ke sebelah kanan saya, dan di sebelah kanan saya ialah kerusi kosong.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :