Menjaga maruah serta aurat isteri juga merupakan tanggung jawab seorang suami yang perlu dilakukan yang semakin di abaikan oleh rata-rata masyarakat sekarang ini.
Walau bagaimanapun pelakon bernama Ummi Nazeera yang selamat di ijab kabulkan pada 23 Julai yang lalu bersama pasangannya Dr. Mohd. Izzar Anwari dikatakan amat bertuah kerana memiliki seorang suami yang pandai menjaga aurat isterinya.
Rata-rata netizen memuji sikap Izzar yang telah menyunting gambar bahagian pergelangan tangan isterinya itu yang memperlihatkan auratnya ketika memandu sebelum memuat naik gambar yang disunting berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Izzar dikatakan telah menghitamkan pergelangan tangan Ummi yang dikatakan sedikit terdedah ketika sedang memandu kereta.
Gambar tersebut kemudiannya telah menarik perhatian netizen yang rata-rata memberikan komen positif mengenainya serta menyukai sikap Izzar yang amat prihatin dengan aurat isterinya sebelum mengongsikannya bersama peminat Ummi.