"Saya fikir kita jangan meletakkan harapan yang tinggi untuk separuh kedua tahun ini.
"Kalau anda melihat kepada jangkaan para penganalisis, mereka menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah kira-kira 5% bagi 2017, iaitu kalau mengikut definisi akan sama sama dengan separuh kedua yang lebih perlahan," Nazir dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia mendapat manfaat tahun ini menerusi pemulihan ekonomi dunia yang serentak, mengatakan Malaysia mempunyai kepelbagaian sumber yang kukuh.
Ekonomi meningkat dengan kukuh sebanyak 5.6% pada suku pertama berakhir 31 Mac, berbanding suku yang sama pada tahun lepas. Sementara bagi suku kedua, ekonomi berkembang sebanyak 5.8%, melebihi anggrana konsensus sebanyak 5.4%.
"Separuh pertama mununjukkan asas-asas ekonomi masih lagi kukuh," kata Nazir, sambil menambah CIMB mengekalkan unjuran KDNK pada 5.4% bagi 2017.