Najib bimbang pertemuan satu lawan satu, kata Pengarah Komunikasi MB Selangor infomalay12.blogspot.com


Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak bimbang jika permuafakatan membabitkan gabungan pembangkang berlaku akan menyebabkan parti itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong berkata, permuafakatan itu membolehkan berlakunya Tsunami Melayu yang terus menghakis penguasaan Umno daripada mentadbir Putrajaya.
Yin Shao Loong Beliau optimis, perkara itu mampu direalisasikan hasil perbincangan rapat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama gabungan komponen pembangkang, di peringkat Persekutuan.
“Parti pembangkang kini berada dalam keadaan peralihan ketika Umno kini berada pada krisis kepercayaan dan populariti selain dipimpin perdana menteri yang paling tidak popular. Najib bimbang senario partinya akan menghadapi saingan sukar berdepan komponen parti pembangkang yang akan mendatangkan kerugian maksimum kepada Umno.
“Malah, ia sekali gus membolehkan terbentuknya Tsunami Melayu dan membuka jalan bagi perubahan dalam Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, permuafakatan komponen pembangkang sebelum ini juga menjadi landasan terbaik bahawa penyatuan itu berjaya menafikan penguasaan Umno, pada PRU-13.
“Masih wujud peluang bagi permuafakatan itu demi kepentingan semua komponen pembangkang jika ia direalisasikan. Seterusnya, tidak mustahil permuafakatan itu mampu menafikan penguasaan Umno di 20 kerusi atau lebih,” katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :