‘Mustahil SPR lulus logo PH’ infomalay12.blogspot.com

‘Mustahil SPR lulus logo’
Azan bergambar bersama kepimpinan PKR Pusat dan Pakatan Harapan Terengganu sempena program Jom Bina Semula Negara anjuran Invoke Malaysia.
KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disifatkan mustahil untuk meluluskan penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan dalam pilihan raya walaupun logo tersebut diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan yang mewakili PKR, DAP, Amanah dan Bersatu itu sudah tentu memberi saingan sengit dan potensi besar untuk pembangkang mengambil alih kerajaan.
Beliau turut menjangka 65 peratus kemungkinan BN akan kalah sekiranya parti-parti Pakatan Harapan menggunakan satu logo untuk melawan logo dacing diwakili BN.
“SPR adalah badan bebas tetapi saya rasa dia (SPR) tidak akan lulus dan akan beri 1001 macam alasan. Kalau lulus logo itu dalam pilihan raya, maka Umno boleh bersiap sedia untuk kalah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Azan yang juga Adun Bandar bagaimanapun yakin logo rasmi Pakatan Harapan akan diluluskan RoS.
Mengulas lanjut, kelulusan RoS akan menampakkan kerajaan seolah-olah berlaku adil terhadap pembangkang dan tidak menolak ia boleh mewujudkan harapan palsu kepada pembangkang dan penyokongnya jika SPR enggan membenarkan logo tersebut digunakan dalam pilihan raya.
Beliau tidak menolak keputusan SPR itu juga akan mewujudkan kekeliruan besar dalam kalangan pengundi pada hari pengundian.
“(Kalau SPR tidak benarkan logo Pakatan Harapan) maka hari pilihan raya, ramai yang akan jadi keliru mencari simbol pakatan dan nama logo harapan dalam kertas-kertas undi pilihan raya, maka keadaan akan jadi berkecamuk,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :