Indonesia - Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam keadaan yang mengerikan selepas di gigit oleh seekor anjing jenis Pitbul yang merupakan peliharaan keluarganya.
Kejadian terbabit dikatakan berlaku di Kampung Candi Penataran Kota Malang di Indonesia, mangsa yang dikenali sebagai Ramiza Bazigha berusia 9 tahun maut selepas lehernya digigit sehingga terkoyak oleh anjing Pitbul berusia 4 tahun.
Menurut nenek mangsa yang juga merupakan saksi kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, sebelum kejadian terbabit dikatakan bahawa anak patung milik cucunya itu telah terjatuh ke dalam kandang anjing terbabit.
Ketika itu anjing berkenaan yang juga merupakan milik ayah mangsa dikatakan sedang tidur membuatkan mangsa cuba mengambil kembali anak patung miliknya itu, malang bagi Ramiza apabila secara tiba-tiba tanpa memberikan sebarang peringatan anjing tersebut telah bertindak menggigit leher mangsa sebelum mengoyakkan bahagian muka mangsa.
Nenek mangsa yang terkejut dengan kejadian yang menimpa cucunya itu kemudiannya telah menjerit meminta pertolongan daripada jiran tetangga, namun begitu keadaan bertambah membimbangkan apabila anjing tersebut bertindak semakin ganas dengan terus menggigit mangsa tanpa berhenti.
Anjing tersebut dikatakan enggan melepaskan gigitan terhadap mangsa dan hanya melepaskan gigitan selepas ayah mangsa yang juga pemilik anjing berkenaan sampai di tempat kejadian.
Mangsa telah dikejarkan ke hospital namun telah disahkan meninggal dunia dalam perjalanan akibat daripada kecederaan parah yang di alaminya di bahagian leher dan kepala.



Related Posts :
[Video Zuraida: Apa Polis Takut Sangat Serbu Keluarga Sharizat Dah Curi Duit Lembu] 'Kematian Racun Arak' Pembangkang ambil kesempatan ke atas isu ini & Apabila isu HARAM STRAW di manipulasikan oleh walaun & walauntit! infomalay12.blogspot.comAhad, 23 September 2018
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 21 September ·
Angkara Siapa Warga Asing Dibiar N… Read More...
Lelaki dipukul hingga mati kerana terlalu lama menggunakan tandas awam infomalay12.blogspot.com
… Read More...
Pudin Tak Layak jd Menteri Luar, mengeluh terpaksa lawat negeri dia tak suka infomalay12.blogspot.com
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah diselar pihak pembangkang kerana menghantar ciapan umum di Twitter mengenai dirinya terpaksa melawa… Read More...
[Video Pi Bala (Bekas pegawai polis) Dedahkan Najib, Rosmah dan Nazim terlibat kes Altantuya & 60 Minutes Australia: Dirty Secret] Ho, ho, Mana satu pilihan Umno? Klip viral "Disana Menanti Disini Menunggu"...Seksanya menanti perkahwinan PASUM! infomalay12.blogspot.com
… Read More...
[Video Umno mungkin tak letak calon di PD] BERSATU tidak terima BEKAS PEMIMPIN UMNO dengan mudah! Kesian ada yg SENTAP, tak jadi keluar Umno & Lewat, Liwat dan Undang-Undang Lapuk. infomalay12.blogspot.comAhad, 23 September 2018
Dah 3 pilihanraya kecil di selangor, pas & umno bukan lagi mengorat, tapi dah berkongsi ranjang. Saya setuju … Read More...