KENAPA ZAHID HAMIDI BIMBANG WUJUDNYA BANYAK KEM DALAM UMNO? infomalay12.blogspot.com

Kewujudan kem-kem dalam UMNO adalah perkara biasa dan ia telah pun berlaku sejak dulu lagi. Ia biasanya diwujudkan oleh mereka yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.

Dulu pernah ada  kem Musa Hitam, kem Tengku Razaleigh, kem Anwar  Ibrahim, kem Tun Abdullah Badawi, kem Najib Razak dan pelbagai lagi.

Zahid Hamidi yang hari ini menggesa agar tidak diwujudkan kem-kem tertentu kerana perkara itu, katanya boleh menjejaskan harapan UMNO untuk mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya, tentu sekali sedar mengenainya lantaran beliau sendiri pernah di dalam kem Anwar dan Najib sebelum ini.

Dalam UMNO sejak kepimpinan Najib pula, semua pihak sedar wujudnya Muhyiddin Yassin, kem Zahid Hamidi, kem Hishammuddin Hussein dan kem Shafie Apdal.
Disebabkan Muhyiddin dan Shafie Apdal sudah dipecat daripada UMNO, yang tinggal dan menjadi sebutan buat seketika ialah kem Zahid Hamidi dan kem Hishammuddin.

Namun demikian, kem-kem yang baru terus wujud kerana sentiasa ada pemimpinnya yang mahu naik ke atas dan tidak cukup sekadar menjadi menteri saja.

Sebab itu, selain kem Zahid Hamidi dan kem Hishammuddin yang sedia ada, sekarang ini sudah wujud pula antaranya kem Khairy Jamaluddin dan kem Ismail Sabri Yaakob.

Kedua-duanya, Khairy Jamaluddin dan Ismail Sabri dilaporkan sudah mula bergerak untuk menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden dalam pemilihan UMNO yang akan datang.

Jika UMNO terus berkuasa selepas PRU 14 (harapnya tidak) dan menjelang pemilihan UMNO 2018, pasti beberapa kem lagi akan wujud di mana ketua kem tersebut biasanya akan menawarkan diri sekurang-kurangnya bertanding jawatan Naib Presiden atau jawatan kanan yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :