KEADILAN gesa SPRM siasat pembelian Scorpene infomalay12.blogspot.com

Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat bekas rakan baik Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dikaitkan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene.
Gesaan itu dibuat selepas Abdul Razak Baginda dilaporkan akan didakwa di mahkamah Perancis berkenaan kes itu – satu dakwaan yang dinafikan Abdul Razak.
“SPRM perlu melakukan siasatan ke atas Abdul Razak Baginda serta mana-mana individu lain yang berkait dengan isu pembelian dua kapal selam tersebut, termasuk Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika pembelian tersebut dibuat.
“Dan jika didapati sebarang elemen rasuah, mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke mahkamah,” katanya dalam kenyataan.
Semalam Razak Baginda yang merupakan penasihat kepada Najib sewaktu beliau menjadi Menteri Pertahanan dilaporkan didakwa di Perancis berhubung kes penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.
Najib selaku menteri menyelia perjanjian pembelian dua buah kapal selam Scorpene dan sebuah kapal selam jenis Agosta bernilai €1 billion (RM5 bilion) daripada unit limbungan kapal DCN Perancis.
Urusniaga pada 2010 itu disiasat susulan aduan yang dikemukakan pertubuhan hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :