MSO
Dengan mengambil perhatian kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Keadilan Kelantan Ab Aziz Kadir hari ini yang menerima keputusan Biro Politik parti itu agar beliau dan anggota Keadilan kekal dengan jawatan dalam kerajaan Kelantan, saya mengira elok kalau Pakatan Harapan (PH) mengambil ketetapan tegas sama ada untuk meneruskan kerjasama dengan parti itu atau pun membuat satu sikap tegas.
Bagi PH tidak fasal-fasal lagi untuk terus bersama dengan Keadilan kerana parti itu sudah tidak menunjukkan semangat untuk bersama. Kenyataan yang dibuat oleh Aziz itu jelas bahawa parti itu dan ahlinya di Kelantan lebih mementingkan kepuasan mereka daripada kepuasan rakan komponen PH. Mereka sudah hilang nilai setiakawan.
Sikap “cocoh jilat” Keadilan itu bukan satu sikap mulia dalam politik, walaupun politik itu bersikap rencam. Bukan sekali rakan dalam PH terutama Amanah dan DAP, memerhati sikap Keadilan yang tidak selari dengan semangat PH dan menimbulkan persoalan. Sikap ditunjukkan Keadilan itu juga semacam mereka tidak yakin dengan keupayaan PH.
Mungkin pandangan saya ini berat untuk dilaksanakan dan bersifat tidak bijak politik. Namun yang pentingnya PH tidak perlu bermain tarik tali terlalu lama kerana akhirnya yang boleh memedihkan jari jemari dan telapak tangan. Politik ada kalanya perlu kepada “ding dong ding”, adakalanya memerlukan ketegasan.
Sikap PKR Kelantan bagi saya bukan suatu kebijaksanaan tetapi sikap yang boleh memberi kemarahan kepada orang ramai. Ia boleh melemahkan PH sendiri dalam bergerak untuk memperkasakan PH itu. Sikap PKR itu menjejaskan kerja PH untuk menguruskan jentera pilihan raya dan menyusunkan organisasi PH di semua peringkat di Kelantan.
Perkembangan itu disambut baik oleh rakyat yang mahu melihat Pakatan Harapan menjadi juara baharu di Kelantan. Dan Pas sendiri yang sebelum ini “agah” dan sombong juga mula sudah sedikit mengendur. Tiada kenyataan-kenyataan keras dan bengis lagi dikeluarkan. Ini kerana Pas sudah mula menyedari kekuatan yang ada kepada dirinya dan sudah merasai langit tinggi dan rendah.
Namun kenyataan Aziz hari ini seakan mengembalikan semula keadaan kepada sebelum ini yang celaru dan membimbangkan. Bagi orang atau parti yang tiada pendirian tegas begitu tidak boleh dijadikan rakan dalam sebuah pasukan.
Read More / Baca Lagi >>

Memadangkan pilihan raya sudah hampir tiba Pakatan Harapan tidak perlu menyelesaikan masalah dibikin Keadilan itu kerana ia semacam “Kokiok” (white ant) yang sudah terpisah kepala dengan tubuh saja. Tubuhnya sudah hilang ke mana yang terlekat di betis hanya kepala saja. Pakatan Harapan harus bergerak ke depan dengan penuh yakin dan geserkan kepala “Kokiok” tu. Apa dilakukan oleh PKR di Kelantan, semacam sengaja menaruh ulat bulu di kaki dan mahu melihat rakan Pakatan Harapan mengelupur kegelian. Walhal perbuatannya mencemarkan dan menyebabkan musuh Pas akan ketawa bergerekek.Kenyataan dikeluar oleh Ab Aziz hari ini, juga seakan merombak semula simpulan PH yang dilihat sudah mulai mahu kejap sebelum ini. Kalau sebelum ini Aziz kelihatan waspada untuk mendekati podium Pakatan Harapan, tetapi akhir-akhirnya dia sudah berani mendekatinya.