Hebat Gen Y Pakatan Harapan, Pecat Ahli Melalui Media Sosial Saja infomalay12.blogspot.com


10 hari lepas,  ahli Parti Cap Bunga Raya, Mohamad Taufik Abas telah dipecat oleh Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada jawatan EXCO Armada menerusi laman sosial Twitter, ekoran tindakanya mengkritik kepimpinan parti itu sebelum ini. Semalam pula, giliran Ketua AMK Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran pula dipecat menerusi satu lagi laman sosial iaitu Whatsapp.

Hebatnya golongan Generasi Y di dalam Pakatan Harapan menggunakan sepenuhnya medium media sosial yang ada. Pemimpin-pemimpin muda di dalam Pakatan Harapan adalah pemimpin 'online'. Mereka tidak perlu turun padang. Itulah sebabnya dalam bab pemecatan waima sekalipun dilakukan secara 'online'.

Seperti biasa, yang bergaduh PKR dan PKR, yang memecat dan dipecat adalah PKR. Yang salah tetap juga UMNO. Lihatlah posting daripada Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin yang menyalahkan UMNO di atas apa yang berlaku.

Subscribe to receive free email updates: