Dakwaan China Menjajah Malaysia Semasa Perasmian ECRL Oleh DS @NajibRazak Adalah Tidak Tepat infomalay12.blogspot.com



Dari mula idea untuk membina Rangkaiam Rail Pantai Timur (ECRL) dikeluarkan sehinggalah kepada hari perasmiannya hari ini, tidak banyak fitnah dapat dikeluarkan oleh pembangkang untuk merosakkan perancangan projek berkenaan.

Disebabkan beberapa gambar banner bertulisan China di tapak projek dan kononnya tiada bendera Malaysia, maka macai-macai pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti PERKASA mengkritik perasmian tersebut dengan mengatakan Malaysia telah dijajah oleh China.

Pertama, siapa kata tiada bendera Malaysia di tapak projek? Biarlah gambar di bawah berbicara. Bahasa Melayu tetap diutamakan, budaya Melayu tetap diangkat. Cuma dari segi pengurusan program sebesar ini mungkin perlu diperbaiki. Bahasa ucapan pula menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin kerana ia membabitkan pelabur dari China.





Kedua, mengenai tuduhan banner-banner Bahasa China di tapak projek adalah disebabkan semua jurutera CCCC datang untuk meraikan kedatangan Pengerusi mereka, bukannya Perdana Menteri. Itu adalah di majlis yang berasingan di sebelah pagi dalam acara berasingan yang bukan melibatkan Perdana Menteri.

Pada majlis sebenar, ianya dihadiri Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang kelihatan bersalaman dengan Kaunselor Negara China, Wan Yong pada majlis pecah tanah projek ikonik ECRL.

Ketiga, acara ini adalah satu acara antarabangsa yang melibatkan Rakyat dari Negara China. Dalam majlis perasmian ini, Pengerusi Majlis berbahasa Malaysia dan Mandarin pada seluruh majlis. Bahasa rasmi China adalah Mandarin dan bukannya Bahasa Melayu atau English. Ucapan Perdana Menteri turut diterjemahkan ke bahasa Mandarin kepada semua delegasi China menerusi 'headseats' yang dipakai oleh mereka.

Senang kita membuat tuduhan dan bermain sentimen, namun kita harus tanya kembali orang yang lemparkan tuduhan itu benar benar berada dalam majlis atau tidak? Atau hanya membuat analisa hanya di papan kekunci sahaja.

Usahlah mensabotaj pelaburan besar dan baik untuk rakyat Pantai Timur ini. Bila siap kelak, ramai yang dapat manfaatnya sama seperti yang sedang warga kota rasai sekarang menerusi MRT pada hari ini. Saya sudahi dengan gambar model yang berkebaya dari negata China ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :