Teluk Intan – Kredibiliti Veteran DAP, Lim Kit Siang sebagai ahli Parlimen wajar dipertikai, ujar Presiden Parti Gerakan Malaysia, Datuk Seri Mah Siew Keong.
Ini kerana katanya, ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak pernah kekal bertanding di satu kawasan Parlimen sepanjang 10 penggal kariernya sebagai ahli politik.
“Kit Siang sudah 10 penggal tidak bertanding di kawasan sama, kenapa takut dengan pengundi sehingga ‘lari’ dan bertanding di 10 kawasan berbeza?
“Bila tidak berkhidmat di kawasan Parlimen yang dimenangi, maka rakyat akan sedar (dan mula menolaknya),” katanya.
Ini ujar beliau berbeza dengan pemimpin Barisan Nasional yang setia berkhidmat di kawasan masing-masing walaupun kalah pada pilihanraya.
“Saya sendiri kalah tetap di Teluk Intan, dan menang tetap di Teluk Intan,” katanya.
Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada program Ceramah Rakyat P.076 Teluk Intan di Mini Arena, Kg Ayer Hitam, di sini, malam tadi.
Turut hadir adalah Timbalan Presiden MIC, Datuk SK Devamany, ADUN Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamluddin dan juga pemimpin komponen BN Teluk Intan.
Related Posts :
“AGENSI PENARAFAN DAN BANK DUNIA SAHKAN HUTANG NEGARA BUKAN RM1 TRILLION" infomalay12.blogspot.com
Hari ini, saya sempat baca laporan terkini dari ketiga-tiga agensi penarafan antarabangsa iaitu Moody’s, Standard & Poors dan Fitc… Read More...
3 Perkara Menarik Dan Aneh Berlaku Dalam Ceramah Mega Anwar Ibrahim - Mahathir Semalam infomalay12.blogspot.com
Ceramah mega Pilihanraya Kecil Port Dickson semalam menemukan dua tokoh politik tanahair iaitu calon Pakatan Harapan, DS Anwar Ibrahim dan … Read More...
Pekerja MMC Gamuda Jangan Bimbang, 20,000 Hilang Kerja, Pemuda PH Ganti Dengan 1 Juta infomalay12.blogspot.com
Berhubung penamatan kontrak bawah tanah Transit Aliran Massa 2 (MRT2) oleh Kerajaan Pakatan Harapan semalam, bakal mengakibatkan kehil… Read More...
Seleweng Dana Yayasan Untuk Bayar Kad Kredit, Zahid Bakal Didakwa? infomalay12.blogspot.com
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan meny… Read More...
'Lepas 3 tahun sertai DAP, pegangan agama saya tak luntur' infomalay12.blogspot.com'Lepas 3 tahun sertai DAP, pegangan agama saya tak luntur': WAWANCARA | Sedangkan, kata Sheikh Omar, parti lamanya, PAS kini 'menggunakan Is… Read More...