BN terdesak burukkan negeri PH infomalay12.blogspot.com

Syerleena Abdul Rashid berkata sumbangan besar Pulau Pinang dan Selangor kepada pertumbuhan ekonomi negara tidak boleh dinafikan.
Syerleena-bn-2Ahli politik DAP Syerleena Abdul Rashid menuduh BN terdesak dalam usaha melakar gambaran “buruk” mengenai kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan Selangor.
The Star memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman sebagai berkata kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan Selangor tidak boleh mengakui bertanggungjawab sepenuhnya di atas pembangunan kerana kedua-dua negeri itu sudah berjaya.
Selepas melancarkan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Klang pada Ahad, Azalina berkata kerajaan Pulau Pinang yang sekarang ini diterajui DAP tidak dibina dari tanah kosong dan asas pembangunan di Selangor yang diterajui PKR diletakkan kepimpinan BN.
Bercakap kepada FMT, Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang itu berkata sumbangan “besar” Pulau Pinang dan Selangor pertumbuhan ekonomi negara tidak boleh dinafikan.
“Kedua-dua negeri ini, seperti yang kita tahu, dipimpin kerajaan negeri Pakatan Harapan dan tentu sekali BN mahu melakar gambaran yang negatif.”
Beliau mendakwa Pulau Pinang dan Selangor kini lebih berkembang maju di bawah Pakatan Harapan berbanding negeri yang diterajui BN.
“Mungkin kami dilihat mewarisi ‘kejayaan BN’ tetapi apa yang melonjakkan negeri ini ke paras lebih tinggi ialah tadbir urus yang baik.
“Di bawah Pakatan Harapan, Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang kepada RM69 juta iaitu yang terendah di negara ini.
“Tetapi berbanding kerajaan yang diterajui BN seperti Pahang di mana hutang kini mencecah RM2.9 bilion dan Sabah di mana hutang mencecah RM2.3 bilion,” kata Syerleena.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: