‘Bilakah pemimpin negara akan bersuara lawan keganasan?’ infomalay12.blogspot.com

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, keganasan tercetus kerana pemimpin tidak bersuara, manakala Zaid Ibrahim mempersoalkan apa gunanya mempunyai MRT jika negara musnah.
maria-chin-4
PETALING JAYA: Negara menyaksikan budaya keganasan tercetus sebelum pilihan raya umum, tetapi kerajaan masih mendiamkan diri terhadap masalah itu, kata Maria Chin Abdullah.
Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, tindakan pemimpin negara mendiamkan diri dan memekakkan telinga hanya akan menyebabkan peningkatan keganasan terhadap mereka yang berani bersuara bagi menegakkan apa yang mereka percaya.
“Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia berdepan keganasan sebegini. Kita sekarang menghadapinya kerana pucuk pimpinan tertinggi tidak bersuara.
“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu mengambil pendirian drastik serta berani untuk menghentikan keganasan yang kami saksikan,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas laporan FMT hari ini mengenai serangan ke atas Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy di pejabatnya.
Peguam Waythamoorthy memberitahu FMT, 2 penyerang tidak dikenali menyerbu pejabat ketua kumpulan hak asasi India itu dan mengacukan pisau ke lehernya sambil memberi amaran supaya berhenti mengkritik kerajaan.
Kejadian itu berlaku 3 hari selepas kekecohan yang tercetus di forum Nothing to Hide 2.0 anjuran Pemuda PPBM, di mana kerusi, botol air, kasut dan suar dibaling ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Khalid menolak gesaan supaya berhenti menyalahkan penganjur forum itu. Beliau dilaporkan berkata, penganjur perlu tahu tanggungjawab mereka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Siapa yang berfikiran waras akan membawa suar ke sebuah majlis? Sudah tentu ia keganasan politik yang dirancang terlebih dahulu dan jika kita tidak dapat menghentikannya, maka kita dilanda masalah serius,” kata Maria membalas kenyataan Khalid.
Beliau berkata, kenyataan kontroversi Zahid semalam yang pembela hak asasi manusia yang menentang pindaan Akta Pencegahan Jenayah (Poca) baru-baru ini sebenarnya melindungi penjenayah.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: