Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad Dr memuji agensi itu menahan bekas pengerusi Felda itu
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad memuji penahanan Isa, tetapi berkata pemimpin Umno “tidak membuang masa menguar-uarkan” tindakan SPRM itu sebagai keseriusan dan keikhlasan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menangani rasuah.
“Tetapi, adakah SPRM akan dibenar meningkatkan siasatan dan penahanan pegawai tinggi yang didakwa terlibat dengan penyelewengan dana daripada 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd?” soalnya.
Bagaimanapun, katanya, penahanan Isa menunjukkan SPRM semakin berani dan mereka perlu memastikan pendakwaan akan dilakukan jika wajar.
Isa ditahan SPRM, selepas hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu Selasa lalu, bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian 2 hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London dan Kuching, antara 2014 dan 2015.
Bulan lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London, pada harga £60 juta (RM330 juta), pada 16 Disember 2014, dan sebuah lagi hotel di Kuching, pada harga lebih tinggi daripada pasaran sehingga mengakibatkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.